Penangguhan Bayaran PTPTN - Dunia Cik Akak

Wednesday, May 23, 2018

Penangguhan Bayaran PTPTN


Penangguhan Bayaran PTPTN Penangguhan Bayaran PTPTN,  itu adalah hangat isu hangat di media sosial. Laman sosial facebook juga tidak terkecuali dihujani isu tersebut. 
Ada yang berpendapat Penangguhan Bayaran PTPTN tidak perlu dibuat, kerana mungkinan ia akan memberi bebanan kepada peminjam pada masa akan datang. 
Rata-rata yang berkongsi adalah bekas graduan yang telah menjelaskan hutang PTPTN mereka sehingga habis. Mereka berpendapat Hutang Tetap Hutang, Bayar Tetap Bayar. Nak ke tunggu berapa tahun baru nak bayar. 
Hutang kalau tak dibayar mana sampai nak habis. Kalau ada duit lebih, boleh lah bayar pelahan-lahan. Nanti dah gaji RM4000 lebih banyak lagi kena fikir. Sebab dunia dah semakin maju. Harga barangan dan kelengkapan isi rumah tidak mustahil akan naik berapa tahun akan datang.
Bagus mulakan langkah hari ini dan setahun, dua tahun akan datang, korang tak terbeban dengan hutang PTPTN. 
Manalah tahu, esok lusa dah beranak-pinak. Kena lagi beli rumah kan. Anda fikirlah sendiri. Tak perlu kecoh-kecoh ok. Macam bulan ini ada duit lebih, bayarlah sikit. Bulan depan simpan untuk kegunaan lain.
PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan akan mengutamakan penangguhan pembayaran wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan yang berpendapatan bawah RM4,000.
Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ini kerana perkara itu adalah antara 10 janji yang perlu ditunaikan dalam 100 hari.


Tambah beliau, Pakatan Harapan (PH) tidak menyatakan pemansuhan PTPTN sebaliknya memberi pelepasan pembayaran hanya bagi mereka yang berpendapatan bawah RM4,000.
"Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Imigresen mengenai sekatan perjalanan bagi peminjam yang disenarai hitamkan ke luar negara, " katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

1 comment:

  1. Ada pro dan ada kontranya.. tak nak komen banyak. Hihi. Biar yang arif berbicara :)

    ReplyDelete