Patahnya Sebelah Sayap 2 Episod 1 - Dunia Cik Akak

Wednesday, May 23, 2018

Patahnya Sebelah Sayap 2 Episod 1



Patahnya Sebelah Sayap 2 Episod 1 : Tampil lagi dengan drama terbaru yang bersiaran di tv3. Drama Patahnya Sebelah Sayap 2 adalah drama pendek yang hanya ditayangkan 5 minit sahaja mulai 9.50 hingga 10.00 malam setiap hari selasa. Gandingan terajui utama Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Alyssa Dezek dan Normah Damanhuri. 

Patahnya-Sebelah-Sayap-Option-3-630x891


Patahnya Sebelah Sayap 2 Episod 1 >>SINI



Patahnya Sebelah Sayap 2 2018 - Mengisahkan kehidupan Alisha 10 tahun kemudian apabila mendirikan rumah tangga dengan Kuzairi dan dikurniakan anak perempuan, Tasha (Alyssa Dezek) berusia 9 tahun.

Alisha adalah isteri dan ibu yang penyayang selain hebat dan rendah diri. Suatu hari, ketika menghadiri mesyuarat PIBG Tasha, seorang ibu pelajar di sekolah itu mengenali Tasha dan sejarah silamnya.

Dia kemudian memberi amaran kepada anak perempuannya, Hanna untuk menjauhi Tasha. Berita tersebar luas di kalangan murid. Hanna mempengaruhi kawan lain untuk menjauhi Tasha. Tasha merasa dirinya dibuli, terpinggir dan sering menangis sendirian.

Makcik Salbiah (Normah Damanhuri) melihat kejadian itu dan menghiburkan Tasha yang mereka menjadi kawan. Alisha juga setiap malam memperdengarkan Tasha ayat yang penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang yang baik.

Patahnya Sebelah Sayap


Hasil carian imej untuk patahnya sebelah sayap akan datang

Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap : mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.
Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.
Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.
Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.
Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu akhirnya menemui hubungan cinta sebenar dan mampukah konflik menimpa Alisha dibongkarkan kerana kesalahan Amzar yang ditanggung oleh Alisha menjadi punca antara kisah cinta mereka diselubungi perasaan dendam?

No comments:

Post a Comment