Monday, May 7, 2018

author photo

OST Drama Klik! Pengantin Musim Salju : Lagu tema Drama Klik! Pengantin Musim Salju adalah lagu berjudul sebenarnya nyanyian duet pelakon itu sendiri. Lagu sebenarnya ini adalah lagu baru gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana. 



Lagu opening drama -sebenarnya

Seperti yang kita ketahui, Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini bakal ditayangkan mulai 14 Mei 2018 akan datang. 

Bersiaran jam 7.00 malam setiap Isnin hingga Khamis.

Drama dan lagu tak dapat dipisahkan. Ianya bersentiasa bergandingan. Malahan lagu dalam sesebuah drama adalah daya penarik tersendiri. 

Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini akan mempertaruhkan beberapa buah lagu. Antaranya OST Drama Klik! Pengantin Musim Salju

  • Lagu Sebenarnya (Siti Nordiana & Alif Satar)
  • Janam
  • Beautiful Life Crush
  • Cinta Sejati (Bunga Cinta Lestari)
  • Sonata Musim Salju (Hazami)
  • Terus Mencintai (Siti Nordiana)

Cik akak pasti, drama klik! Pengantin Musim Salju ini akan mendapat perhatian dari peminat drama adaptasi novel. 

Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. 

Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. 

Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. 

Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?



This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post