Novel Terbaru 2018 | Novel Cinta Karipap Pusing Karya Kaseh Aries - Dunia Cik Akak

Thursday, May 10, 2018

Novel Terbaru 2018 | Novel Cinta Karipap Pusing Karya Kaseh Aries


Novel Terbaru 2018 | Novel Cinta Karipap Pusing Karya Kaseh Aries : Novel terbaru boleh di beli secara online. Karya penuliz Kaseh Aries berjudul Cinta Karipap Pusing. Novel terbaru di pasaran.
Sinopsis
“Adik meniaga nasi lemak dan karipap ajelah mak!” – Humaira. Itulah keputusan Humaira. Berniaga untuk mencari rezeki. Bukan nak kaya. Emak keras membantah. Abah dan Maryam menyokong. Humaira menang! Pelanggan datang dan pergi. Dan ada yang tersangkut dengan si gadis. Tambahan karipap pusing berintikan sardin menambat rasa tekaknya. Walau pilihan ayah, Muiz berkenan juga.

“Awak ada teman lelaki?” – Muiz. “Saya ada abah dan mak.” – Humaira. Sebenarnya Humaira belum bersedia lagi. Masih muda dan baru bekerja. Tambahan kakak-kakaknya belum berkahwin lagi. Namun, itulah jodohnya dan jodoh itu rahsia Allah. Tidak bercinta dan tidak sampai setahun bekerja, dia sudah menjadi isteri kepada Muiz Haji Muhsin.

“Dah 36 jam Humaira Yusuf jadi isteri abang tahu. Macam mana?” – Muiz. “Yalah, baru semalam kita sebilik kan?”- Humaira.“Sekarang abang dah jadi hero sayang.” – Muiz. Tetapi, di manakah Humaira meletakkan Muiz yang sudah bergelar suami? “Di suatu tempat yang sunyi lagi istimewa di dalam hati,” – Humaira.

Tidak disangka, dirinya sudah dibenci sebelum kehadirannya di rumah mentua. Benarlah seperti kata emak, tinggal serumah dengan mentua banyak cabarannya. Cabarannya maha hebat. Mujurlah kesabarannya tinggi dan punyai ibu mentua yang baik. Jadi siapakah yang sering mencabar kesabaran Humaira, kalau bukan ibu mentuanya?

No comments:

Post a Comment