Novel Andainya Takdir & Novel Andainya Takdir 2 (Adaptasi dari Drama) Boleh Didapati Di Laman Karya Seni - Dunia Cik Akak

Thursday, May 17, 2018

Novel Andainya Takdir & Novel Andainya Takdir 2 (Adaptasi dari Drama) Boleh Didapati Di Laman Karya Seni


Novel Andainya Takdir  & Novel Andainya Takdir 2 (Adaptasi dari Drama) Boleh Didapati Di Laman Karya Seni  : Kalau dulu, drama Andainya Takdir menjadi pilihan penonton. Tapi hari ini, korang bolwh dapatkan Novel Andainya Takdir 2 ini di karya seni. 



Andainya Takdir 2 (Adaptasi dari Drama)
Penulis :Wan Mahani Wan Hassan


SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2

Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan Aleeya. 

Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. 

Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan berpindah ke Terengganu membuatkan Airil hidup dalam memori. 

Fatihah didekati oleh dua lelaki lain, Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. 

Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya. 

“Rindu ini jahat... Abang tak tau macam mana nak kurangkannya. Sebab... Setiap masa makin bertambah...” 

Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. 

Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. 

Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. 

Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi. 

“Betul ke Tihah langsung tak nak abang ada dalam hidup Tihah?” 

“Ya! Saya nak mulakan hidup baru! Bukan dengan awak! Tapi dengan Hafiz! 

Dan awak pun patut bina hidup baru awak sendiri!” “Tihah... Tihah...” 

Demi menidakkan rasa cintanya terhadap Fatihah, Airil juga cuba untuk menerima Sofea, wanita yang banyak membantu dan berkorban untuknya. 

Namun mampukah takdir menyatukan mereka andai cinta masih berada di dalam hati manusia yang pernah menyakiti mereka?



SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 

Penyakit cemburu buta Airil yang menimbulkan barannya menyebabkan rumah tangga mereka berada di hujung tanduk. Hampir tiga tahun menanggung derita, kesabaran Fatihah sudah sampai pada hadnya. Sementelah lagi campur tangan daripada Normah, mak Airil dalam rumah tangga mereka, makin memarakkan api kehancuran sebuah masjid yang awalnya terbina dari rasa cinta suci. “Selagi ada cinta, berjanjilah yang Tihah akan bertahan dalam apa jua keadaan pun. Tihah bahagia kan dengan abang?” - Airil “Bahagia itu bukan bermakna memiliki semua yang kita cintai. Tapi mencintai semua yang kita miliki.”- Fatihah

Ya dan selagi ada cintalah, Fatihah masih terus memberi harapan dan kemaafan kepada Airil. Biarpun beratus sepak terajang singgah di tubuhnya, namun segala kesakitan itu lenyap tatkala Airil merayu memohon ampun daripadanya. “Ampunkan abang, Tihah. Cakaplah... Jangan hilangkan suara Tihah dari pendengaran abang... Jangan butakan mata untuk abang... Tolonglah...” - Airil Begitulah setiap kali tubuh Fatihah dibelasah, kata-kata rayuan dan kesalan terbit dari lelaki berjiwa penyayang dan romantik itu. Namun bila cemburunya datang, dia mampu berubah menjadi raksasa paling menakutkan. Fatihah terus menitipkan kata semangat. Berharap dan terus berharap agar lelaki yang pernah dicintainya itu berubah.
Entah-entah dia ada skandal dengan bomoh ke ustaz tu. Yalah nak bolot duit abang, kan? Macam-macam boleh jadi kalau sebab duit ni!” - Norlin “Kalau ada yang tak cukup, bagi tau aje pada Airil, Tihah. Tak payah nak main bomoh-bomoh macam ni. Kau tu nampak alim, selalu tazkirah kan orang tapi diri sendiri? Syirik!” - Normah Hasutan serta fitnah daripada ahli keluarga sendiri menyebabkan rantai ikatan sesebuah perkahwinan mampu putus. Justeru, mampukah mereka pertahankan cinta dan mahligai pernikahan mereka andai takdirnya cinta itu bersulam derita yang tak berkesudahan?

No comments:

Post a Comment