Kenaikan Gaji 01 Julai 2018 Ditentukan Semula - Dunia Cik Akak

Tuesday, May 22, 2018

Kenaikan Gaji 01 Julai 2018 Ditentukan Semula


Kenaikan Gaji 01 Julai 2018 Ditentukan Semula : Kenaikan Gaji 01 Julai 2018 Ditentukan Semula, amatlah ditunggu-tunggukan oleh majoriti penjawat awam. Bukan selalu pun kenaikan gaji ditawarkan sebegini. Nak harapkan pergerakan Gaji Tahunan memang lah ada. Namun ia tidaklah sebesar mana yang korang sangkakan. 
Menurut sumber akhbar hari ini, Pergerakan Gaji 01 Julai 2018 itu akan ditentukan semula. Sama ada penjawat awam menerima atau tidak. Kena tunggu informasi dari semasa ke semasa. 

PUTRAJAYA: Status Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai ini akan ditentukan semula kerajaan baharu nanti.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengumuman kenaikan KGT pada 1 Julai itu dilakukan kerajaan terdahulu dan kini terpulang kepada kerajaan baharu sama ada mahu melaksanakannya atau sebaliknya.
"KGT itu adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kerajaan baru untuk tentukan. Kita ikut manifesto kerajaan sekarang.

Penjawat awam tak payah tunggu pergerakan gaji tersebut. Cuma tunggu update terbaru dari peneraju baru kita. Semoga ada lah sikit untum pejawat awam ye. 

No comments:

Post a Comment