Income Adsense $16.54 Sehari - Dunia Cik Akak

Saturday, May 12, 2018

Income Adsense $16.54 Sehari


Income Adsense $16.54 Sehari : Bila bab menjana income dari adsense cik akak kena belajar praktikal selepas teori. Sebab bagi cik akak teori memang susah kita nak faham. Jadi cik akak ambil jalan untuk praktikal apa yang cik akak tahu.


Meraih Income Adsense $16.54 Sehari adalah perkara yang mustahil bagi blog cik akak. Maklumlah blog raking google pun jarang naik.

Pageview setiap entri pun kadang tak sampai 100 view. Nampak tak bertapa sukarnya untuk meraih klik dari adsense. 

Satu sahaja yang cik akak buat dan selalu cik akak ingatkan. Raih traffik dan disiplinkan diri dengan sehari satu entri. Tak kisah entri apa yang penting orang sedang datang...senang singgah.

Satu lagi teknik cik akak gunakan adalah melalui traffik Fanpage facebook cik akak. 

Pelahan-lahan mencari pengunjung dengan cara tersendiri. Alhamdulillah fanpage cik akak diterima umum.

Kalau mahu lagi cara mudah, keluarkan sedikit belanja untuk boost entri kita di fanpage. Teknik ini mampu meraih pendapatan lumayan.

Blogger sekarang dah maju. Sambil menyampaikan informasi mereka menjana pendapatan. 

Bayangkan sehari korang duduk sembang kedai kopi tanpa buat apa-apa. Lebih baik buat blog dengan menyampaikan informasi. Sambil tu boleh buat duit.

Tak dinafikan permulaan menjadi sebahagian daripada media blogger amat payah. Orang tak kenal. Orang tak singgah. Nak buat macam mana?

Nak buat macam mana? Semua tu datang dari kita sendiri. Nak berjaya bukan dari usaha orang lain. Buat dengan kudrat sendiri.

Income Adsense $16.54 Sehari satu perubahan mendadak buat cik akak. Tak tercapai dek akal boleh raih jumlah tu. Walaupun nilai tu tak tinggi mana. Tapi bila kita buat kerja dengan minat hasilnya lebih nikmat.

Satu je tips dari cik akak...raih traffik, raih pengunjung. Disiplinkan diri serta cintailah pengunjung blog anda. 

1 comment:

  1. terima kasih Cik Akak atas perkongsian .. betul tue.. raih pengunjung blog kita :)

    ReplyDelete