HALALKAN HATI YANG KUCURI EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 / SLOT AKASIA - Dunia Cik Akak

Sunday, May 27, 2018

HALALKAN HATI YANG KUCURI EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 / SLOT AKASIA



HALALKAN HATI YANG KUCURI EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 / SLOT AKASIA : Drama terbaru yang bakal bersiaran esok melalui slot akasia tv3. Drama ini menggantikan drama Cinta Fatamorgana yang melabuhlan tirainya tadi. Halalkan Hati Yang Ku Curi ini adalah adaptasi novel karya penulis Mia Kiff. Gandingan Aliff Aziz dan Farah Nabilah.


halalkan%2Bhati%2Byang%2Bkau%2Bcuri

JUDUL : HALALKAN HATI YANG KUCURI
JUMLAH EPISOD : 27 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3

WATAK PELAKON 
Aliff Aziz sebagai Faiq
Farah Nabilah sebagai Delisha
Shah Iskandar sebagai Zainal 
Mimi Lana sebagai Salima
Normah Damanhuri sebagai Nenda Rosnah
Jasmin Hamid sebagai Dalina
Afique Hussain sebagai Ustaz Azali
Azhan Rani sebagai Abang Ali

HALALKAN HATI YANG KUCURI EPISOD 4 - EPISOD 8 »https://m.facebook.com/cikakak27/« akan dikemaskini 


OST@Lagu Tema Halalkan Hati Yang Ku Curi ialah lagu nyanyian Siti Sarah berjudul Semakin. Lagu ini merupakan lagu baru beliau. 


Lirik Lagu Semakin – Siti Sarah Raissuddin

Aku tak peduli

Walau kau sakiti aku

Hati ini takkan rapuh
Mencintakanmu
Aku tak peduli

Walaupun berulang kali

Hati ini takkan mungkin
Membencimu
Sampai saat ini aku

Tak pernah mengerti

Resah ini selalu saja
Melekat di hati
Semakin jauh

Semakin aku rasakan

Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku
Semakin benci

Semakin aku tak mampu

Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Ku cuba fahami

Mengapa harus begini

Cinta ini takkan mungkin
Dipaksakan
Sampai saat ini aku

Tak pernah mengerti

Resah ini selalu saja

Melekat di hati

Semakin jauh

Semakin aku rasakan

Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku
Semakin benci

Semakin aku tak mampu

Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Sampai saat ini aku

Tak pernah mengerti

Resah ini selalu saja
Melekat di hati
Semakin jauh

Semakin aku rasakan

Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku
Semakin benci

Semakin aku tak mampu

Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Aku tak peduli
halalkan-hati-yang-kucuri

Sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi 


Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.


Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.
“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.



Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

“Abang tak mahu janjikan sayang bulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan…”- Faiq.
“Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya… Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orangnya…”- Delisha.

2 comments:

  1. balik raya kelak kamek mok nangga tv puas-puas. dah lamak sik nangga tv.

    ReplyDelete