Drama Yang Dibersiaran Di Kaca TV Sempena Ramadhan - Dunia Cik Akak

Thursday, May 17, 2018

Drama Yang Dibersiaran Di Kaca TV Sempena Ramadhan


Drama Yang Dibersiaran Di Kaca TV Sempena Ramadhan : Serius banyak drama yang ditayangkan dikaca tv. Drama yang cik akak senaraikan adalah drama terbaru yang bakal menghiasi bulan Ramadhan ini. Berkesempatan menonton boleh melayan drama di bawah. 


SINOPSIS NUR (TV3)
Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?


SINOPSIS KLIK PENGANTIN MUSIM SALJU
Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?


SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN
Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.


SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI
Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. 

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. 

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?


Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf : Kisah Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya ialah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.
Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.
Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.
Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

SINOPSIS BILA AIDIL ADA FITRI
"She is loveable." - Datin Mariam

Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya. 

"Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!" - Fitri

Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!

"Budak kecik! Mulut macam popcorn!" - Aidil

Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.

"Aidil, Fitri... macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah." - Ayman

Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

No comments:

Post a Comment