Drama Nur Episod 8 (Samarinda TV3) - Dunia Cik Akak

Thursday, May 24, 2018

Drama Nur Episod 8 (Samarinda TV3)



Drama Nur Episod  8 (Samarinda TV3) : Drama Nur ini tengah bersiaran. Siapa yang tengah  follow drama ini. Gandingan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli


Judul Drama : Nur 
Jumlah Episod : 19 episod
Masa tayangan : 10.00 malam
Setiap Hari Isnin - Khamis

Saksikan Drama Nur Episod 8 - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2132721780348450&id=2008909046063058 (update) 

29744637_893438990828951_4093815447728624768_o

Sebut sahaja nama Syafiq Kyle, semestinya peminat drama akan menanti kemunculan beliau dalam drama atau telemovie. Drama Nur melalui slot samarinda ini sekali lagi memberikan bonus untuk Syafiq Kyle beraksi.

Slot Samarinda TV3, Drama Nur ini bakal ditayangkan sebanyak 19 episod penuh. Sebelum tu, jom singgah menonton PromoDrama Nur (Samarinda TV3).

Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)

Mengisahkan Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal yang jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Nur. 

Namun, percintaan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Adam. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian ini?

Nur merupakan anak lorong yang hidup dengan ibunya. Ibunya merupakan seorang wanita lorong yang hidup dengan melacurkan diri untuk mencari sumber pendapatan.

Sehinggakan Nur terjebak ke kancah tersebut. Namun di saat hidup yang terumbang ambing, Nur nekad untuk berubah dan mendalami ilmu agama. 

Hinggakan waktu mengerjakan solat Nur terpaksa bersembunyi dari pengetahuan ibunya.

Apakah yang berlaku kepada Nur? Berjayakah Adam membawa Nur keluar dari kancah yang tidak bermoral tersebut. Dan berakhirkah kisah duka Nur dengan kebahagiaan? 

Ikuti kisah 19 episod drama Nur menerusi slot samarinda TV3.

1 comment: