Sunday, May 13, 2018

author photo

Drama Klik! Pengantin Musim Salju Episod 1 - Episod 4 : Minggu hadapan akan berlangsungnya drama Klik! Pengantin Musim Salju. Gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana. Drama ini mengisahkan kehidupan pasangan kontrak. 


Drama  : KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU
Jumlah Episod : 20 episod
Tarikh Bersiaran : 14 Mei 2018
Masa : Isnin-Khamis, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104, Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Suri Ryana

Untuk menonton »» Klik! Pengantin Musim Salju  Episod 1-Episod 4- cik akak share kan fanpage cik akak di link ini »https://m.facebook.com/cikakak27/

Novel Klik! Pengantin Musim Salju Bab 1 hingga Bab 30 »»Novel Online Di Sini



Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. 

Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. 


Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. 


Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post