BR1M Akan Dibayar Pada Jun Sebelum Hari Raya Aidilfitri - Dunia Cik Akak

Monday, May 28, 2018

BR1M Akan Dibayar Pada Jun Sebelum Hari Raya Aidilfitri


BR1M Akan Dibayar Pada Jun Sebelum Hari Raya Aidilfitri : Saban tahun, isu Bantuan Rakyat 1Malasyia akan menjadi isu hangat. Tidak terkecuali untuk tahun ini. Lebih mengempakkan isu ini apabila ada desas-desus mengatakan BR1M akan dihapuskan. 


Namun berita itu bukan berakhir setakat itu sahaja. Selepas pelbagai isu dikabarkan oleh media massa. Akhirnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Maklumat lanjut pembayaran akan diumumkan pada minggu hadapan. Yang cik akak pasti adalah sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang. 

Di samping itu juga, Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga mengumumkan bahawa BR1M akan diberikan nama lain seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri.

Apa-apa pun, kita tunggu informasi seterusnya. Tarikh Pembayaran BR1M Fasa 2 akan dikemaskini dari semasa-semasa.

1 comment: