Berapa Episod Drama Mr.Grey ? - Dunia Cik Akak

Friday, May 4, 2018

Berapa Episod Drama Mr.Grey ?


Berapa Episod Drama Mr.Grey ? : Berapa Episod Drama Mr.Grey ?  semalam ingatkan dah episod akhir drama #MrGrey. Rupa-rupanya masih belum tamat lagi. Agaknya berapa lagi episod yang tinggal.

29416010_163560981029257_2464844897534869504_n

Semua informasi yang cik akak cari mengatakan Drama #MrGrey ada 16 episod sahaja. Tapi semalam ada lagi kesinambungan akan datang.

Tunggu je minggu depan. Patutlah tak nampak lagi babak Mr.Grey tinggalkan Nisa. Rupa masih ada lagi berapa episod.

Untuk episod yang tertinggal tu cik akak tak berapa pasti. Entah berapa lagi yang akan bersiaran minggu hadapan.

Drama Mr.Grey boleh tonton di pautan ini »» https://m.facebook.com/cikakak27/ . Semua episod ada kat fanpage cik akak tu. Kena rajin cari.

Untuk bacaan novel >>Baca novel Mr. Grey Bab 1 - Bab 15 »»https://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2018/04/novel-mr-grey-bab-1-bab-15-novel-online.html?m=1

Sinopsis Mr. Grey : Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan..


No comments:

Post a Comment