Alif Satar, Siti Nordiana Dalam Drama Klik! Pengantin Musim Salju Bersiaran 14 Mei 2018 Akan Datang - Dunia Cik Akak

Saturday, May 5, 2018

Alif Satar, Siti Nordiana Dalam Drama Klik! Pengantin Musim Salju Bersiaran 14 Mei 2018 Akan Datang


Alif Satar, Siti Nordiana Dalam Drama Klik! Pengantin Musim Salju Bersiaran 14 Mei 2018 Akan Datang : Pastinya peminat merindui gandingan dua pelakon ini. Sebelum ini pernah bergandingan dalam drama Semanis Honey.




Namun sekali lagi mereka bakal bergandingan dalam Drama Klik! Pengantin Musim Salju. 

Drama ini adaptasi dari Novel Klik! Pengantin Musim Salju Karya penulis Suri Ryana.

Lagi mengembirakan peminat mereka. Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini bakal bersiaran 14 Mei 2018 akan datang.

Bila adaptasi novel, semestinya kena ada Novel Online. Untuk berapa bab, korang boleh singgah pautan di bawah.

Novel Klik! Pengantin Musim Salju Bab 1 hingga Bab 30 »»Novel Online Di Sini


Promo Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Jangan lupa saksikan drama bersiri Klik! Pengantin Musim Salju yang mula disiarkan besempena kedatangan Ramadan bermula 14 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ramadan HD (122).

Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. 

Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. 


Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. 


Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

No comments:

Post a Comment