10 Resepi Daging Untuk Menu Berbuka Puasa - Dunia Cik Akak

Tuesday, May 22, 2018

10 Resepi Daging Untuk Menu Berbuka Puasa



10 Resepi Daging Untuk Menu Berbuka Puasa : Cik akak tahu pasti ada yang pening nak masak apa untuk menu berbuka puasa. Setiap hari masak ayam. Apa kata kita hari ini dan hari seterusnya korang masakan resepi daging pula. Tapi jangan makan terlampau banyak. Karang tinggi darah pula. 

Bagi memudahkan korang, di sini cik akak kongsikan 10 Resepi Daging Untuk Menu Berbuka Puasa.


1. Resepi Daging Bambu Bali 
IMG_20180518_222410

Resepi Daging Bambu Bali 

Bahan-bahannya 

  • 1 kg daging - dipotong dadu
  • 300 ml minyak 
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 100 gm jintan putih
  • 50 gm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 6 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih

Cara membuat

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan daging, kicap dan garam secukup rasa.
  3. Masak daging hingga empuk. Sedia dihidang.


2. Resepi Rendang Sumbar 

IMG_20171105_201204

Untuk Resepi Rendang Sumbar boleh rujuk satu-persatu bahan.

Bahan-Bahan :

  • 1kg daging - dipotong kecil
  • 100 gm kerisik
  • 1 1/2 liter santan (4 biji kelapa)
  • 2 batang serai - dititik
  • Sedikit buah pelaga
  • Sedikit kayu manis

Bahan Hiris

  • 4 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit

Bahan Kisar

  • 200 gm cili kisar
  • 12 biji cili api
  • 12 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 7 sm lengkuas
  • 5 sm halia
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh buah pala

Cara Membuatnya

  • Gaul dan perap daging bersama separuh bahan kisar selama 30 minit. Ketepikan.
  • Tumis baki bahan kisar, buah pelaga dan kayu manis.
  • Masukkan santan, bahan hiris dan serai. Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan daging dan kacau hingga daging empuk.
  • Masukkan kerisik. Kacau rendah hingga kuahnya kering. Sedia dihidang

3. Resepi Daging Salai Belimbing Buluh 

IMG_20171018_002533

Daging Salai Belimbing Buluh pastinya bakal membuka selera anda. Rasa masam belimbing buluh tersebut membuatkan ianya berlainan dari resepi yang lain. Kelainan inilah menjadikan ia sebagai menu intaian rakyat pribumi Malaysia. 

Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum. Malahan pelbagai menu juga dikongsikan bersama. Rugi tak merasai makanan Pribumi Malaysia.

Untuk Resepi Daging Salai Belimbing Buluh, sila rujuk resepi di bawah.

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging batang pinang (disalai di atas bara & dipotong)
  • 200 gm belimbing buluh - dibelah dua
  • 20 cili padi - dikisar
  • 2 sm kunyut hidup - dikisar
  • 500 ml santan (1 biji kelapa)
  • 5 batang cili merah
  • Garam & gula pasir secukup rasa

Cara membuat :

  1. Panaskan kuali dan masak santan bersama bahan kisar. Kacau dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan daging, cili merah dan belimbing buluh. Kacau sekali lagi hingga mendidih dan belimbing masak.
  3. Akhir sekali, bubuh garam dan gula. Kemudian angkat dan sedia dihidang.
Selamat mencuba Resepi Daging Salai Belimbing Buluh.


4. Daging Paprika 

IMG_20171014_215738

Resepi Daging Paprika 

Bahan-bahannya : 

  • 150 gm kepingan daging
  • 200 ml stok daging
  • 100 ml minyak zaitun
  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 1 sudu teh tarragon (herba)
  • 1 sudu teh lea & perrins
  • 1/2 sudu teh paprika
  • Minyak masak
  • Garam & serbuk lada sulah secukup rasa

Cara Membuat :-

  1. Perap daging dengan paprika, lea & perrins, separuh minyak zaitun dan lada sulah selama 30 minit.
  2. Bakar hingga separuh masak. Ketepikan.
  3. Canpurkan baki minyak zaitun, separuh bawang merah dan separuh tarragon. Gaul dengan daging.
  4. Panggang dalam oven selama 35 minit pada suhu 180 c. Ketepikan.
  5. Untuk sos, tumis baki bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  6. Masukkan baki tarragon dan stok daging. Bubuh garam dan lada sulah. Bila kuah mendidih, angkat dan hidang. 

5. Daging & Buah Bersos 

IMG_20171010_212317

Daging & Buah Bersos ini adalah antara menu yang amat mudah disediakan. Malahan ia !oleh dijadikan sebagai menu temujanji pertama anda. Olahan kreativiti memang menampilkan cara masakan barat. Namun ianya amat mudah disediakan. Dan bahan-bahan pun bajet murah. 

Resepi Daging & Buah Bersos

Bahan-bahan :

  • 750 gm daging - dipotong
  • 25 gm mentega
  • 175 ml air
  • 2 biji mangga - dihiris
  • 1 biji epal - dipotong
  • 1 biji belimbing - dipotong
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan krim
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 teh lada paprika


Cara membuat :

  1. Panaskan mentega dan goreng daging hingga kekuningan.
  2. Masukkan sedikit air dan tutup kuali. Biar mendidih hingga daging empuk.
  3. Masukkan tepung yang dicampurkan bersama sedikit air. Kacau dan masak lagi daging selama 5 minit.
  4. Masukkan garam, paprika dan krim ke dalam daging. Angkat dan lapis atas buah-buahan.
  5. Bakar pada suhu 200 'C selama 8-10 minit sebelum dihidangkan.

6. Rendang Mamak .

IMG_20171009_231134

Resepi Rendang Mamak boleh ikut satu demi satu langkah di bawah. Bahan-bahan pun amat mudah didapati. 

Bahan-bahan : 

  • 600 gm daging lembu tanpa lemak - dipotong
  • 200 gm bawang merah - dihiris halus
  • 70 gm sos tomato
  • 25 gm minyak sayuran
  • 20 gm kari daging
  • 5 gm buah pelaga
  • 5 gm kulit kayu manis
  • 15 tangkai cili kering - direndam & dikisar halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara Membuat :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari hingga berbau harum.
  2. Masukkan serbuk kari, cili kisar dan sos tomato. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging bersama air. Kacau sekali-sekala hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
  4. Bubuh kicap pekat dan garam.
  5. Sedia dihidang.

7. Daging Goreng Sos Tiram 

IMG_20171008_221842

Daging Goreng Sos Tiram ini amat mudah disediakan. Bahan yang digunakan senang didapati di pasaraya berhampiran. Jom kita lihat bahan-bahan asas yang diguna kan untuk menghasilkan Daging Goreng Sos Tiram.

Daging Goreng Sos Tiram

Bahan-bahannya

  • 400 gm daging lembu - dipotong nipis
  • 200 gm kepah
  • 100 gm brokoli
  • 50 ml minyak masak
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 cawan air rebusan kepah
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu teh sos tiram
  • 2 sudu teh kacang tanah - dibakar & ditumbuk
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Garam & serbuk lada sulah secukup rasa

Cara membuat

  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, daging dan kicap cair
  • Tambah air dan kacau sekali-sekala hingga daging empuk
  • Masukkan air rebusan kepah, minyak bijan, sos tiram dan biar hingga mendidih. Masukkan brokoli dan kacau
  • Bila brokoli empuk, masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Kacau rata. Taburkan serbuk kacang tanah.

8. Resepi Asam Pedas Daging 

IMG_20170927_224956

Asam Pedas Daging mungkin ramai tak pernah mencuba. Cik akak sendiri pun tam pernah mencuba keenakan Asam Pedas Daging.

Bahan-Bahan :
  • 600 gm daging  dipotong kecil
  • 18 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 2 biji limau nipis - dihiris 
  • 1/2 cawan air
  • 3 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar :

  • 20 biji cili merah
  • 7 biji buah keras
  • 4 biji bawang putih
  • 2 sm lengkuas
#boleh kurangkan jika tidak suka terlalu masam.

Cara Membuat :
  •  Gaul dan perap daging dan bahan kisar semalaman di dalam peti sejuk.
  •  Masukkan minyak, daging yang telah diperap dan semua bahan ke dalam kaserol.
  • Tutup kaserol dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180c selama 1 jam setengah.
  •  Setelah masak, angkat dan hidangkan.

9. Gulai Daging Nangka Muda 

IMG_20170927_190943

Gulai Daging Nangka Muda pernah dengar tak? Kompem pernah kan. Tapi tak pernah lagi merasai keenakkan gulai daging nangka muda ni. Jom kita selayang pandang Resepi Gulai Daging Nangka Muda. 

Bahan-bahan : 
  • 1 kg daging tetel
  • 500 gm nangka muda (dipotong & rebus bersama garam)
  • 500 ml air
  • 250 ml santan (1 biji kelapa)
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam secukupnya
Bahan Kisar
  • 15 tangkai cili kering - direndam
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 sm kunyit hidup

Selesai bahan-bahan yang digunakan untuk memasak gulai daging nangka muda ini. Sekarang kita lalui proses pembuatannya. Simple dan mudah disediakan.

Cara Membuat :
  1. Satukan semua bahan kecuali nangka di dalam periuk.
  2. Kacau sekali sekala hingga mendidih.
  3. Renihkan hingga daging empuk
  4. Masuklan nangka dan biarkan mendidih semua. Angkat dan hidangkan.


10. Daging Goreng Berempah
IMG_20170927_003626

Nak masak perlulah ada bahan-bahannya. Serius cik akak katakan di sini. Resepi yang cik akak kongsikan amatlah simple dah ringkas untuk proses penyediaannya. Tak perlukan masa yang lama, setengah jam pun boleh masak.

Bahan-Bahan Daging Goreng Berempah

  • 1 kg daging - dihiris nipis
  • 50 gram cili kisar
  • 100 ml kicap manis
  • 4 keping asam keping
  • 4 biji kentang - dibelah 4
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sm halia

Bahan Sangai & Tumbuk

  • 5 gm jintan manis
  • 5 gm jintan putih
  • 5 gm biji ketumbar

Cara Membuatnya :-

  1. Tumis bahan kisar, kayu manis dan cili kisar hingga harum. Masukkan bahan tumbuk, kacau hingga sebati.
  2. Masukkan daging, kentang, kicap manis dan asam keping.
  3. Tambah air secukupnya dan tutup periuk supaya daging mudah empuk.
  4. Apabila daging empuk, masukkan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan.
Semua resepi ini, cik akak ambil dari buku resepi. semoga membantu korang untuk menyajikan juadah berbuka puasa nanti.

2 comments:

  1. BW sini akak! Do visit me back! :D

    http://koxtau.blogspot.my/2018/05/kurung-cotton-meletop.html

    ReplyDelete
  2. kite scroll lelaju sket.. menjejes ailio ni hehe..

    ReplyDelete