06 Jun 2018, Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup @ BR1M Fasa 2/2018 - Dunia Cik Akak

Thursday, May 31, 2018

06 Jun 2018, Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup @ BR1M Fasa 2/2018



06 Jun 2018, Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup @ BR1M Fasa 2/2018 : Bantuan Rakyat 1Malaysia diteruskan oleh pentadbir negara baru. Namun nama bantuan tersebut telah ditukarkan kepada Bantuan Sara Hidup. 

Chania

Semalam melalui kenyataan media, Perdana menteri telah mengumumkan Bonus atau Bantuan Khas Raya yang akan diterima oleh penjawat awam awam  gred 41 ke bawah. Bagi gred 42 dan ke atas mereka tidak layak untuk mendapat Bantuan Khas Raya tersebut.

Bantuan Khas Raya sebanyak RM400 akan disalurkan kepada kakitangan awam bergred 41 ke bawah, dan RM200 kepada pesara kerajaan menjelang Aidilfitri ini.

Menurut sumber dari blog Malaysiakini, pembayaran Bantuan Khas Raya tersebut juga akan dibayar pada 06 Jun 2018 akan datang. Bermakna ianya sama Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup. 

Jumlah Bantuan Sara Hidup adalah jumlah yang sama waktu kelulusan BR1M 2018 yang lepas. Tiada pertambahan untuk bantuan tersebut.

Dimaklumkan juga, Bantuan Sara Hidup ini akan diteruskan. Namun ia akan melibatkan berapa kategori yang benar-benar layak.

Terdahulu, Jadual Pembayaran BR1M 2018

Kategori 1 - Individu berpendapatan RM2000 ke bawah
Kategori 2 - Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3001 - RM4000
Kategori 3 - Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah

Bayaran BR1M Fasa 1  - pada 28 Februari 2018 lepas. Agihan secara berperingkat.
Bayaran Bantuan Sara Hidup - pada 06 Jun 2018 akan datang
Bayaran Bantuan Sara Hidup - pada tarikh akan dikemaskinikan.

Pada 06 Jun 2018 akan datang, bolehlah korang singgah bank untuk menyemak baki wang anda.



1 comment: