Novel Terbaru 2018 - Novel Aku Ada, Novel Anda Lenaku Terhenti, Novel Hatiku Untuk Dia & Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh - Dunia Cik Akak

Friday, April 20, 2018

Novel Terbaru 2018 - Novel Aku Ada, Novel Anda Lenaku Terhenti, Novel Hatiku Untuk Dia & Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Terbaru 2018 - Novel Aku Ada, Novel Anda Lenaku Terhenti, Novel Hatiku Untuk Dia & Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh | Bagi peminat novel, novel terbarulah yang amat dinanti-nanti. Terbaru keluaran April kini pun boleh di dapati di laman karyaseni dan penulisan2u. Empat novel terbaru bulan April ini berjudul Novel Terbaru 2018 - Novel Aku Ada, Novel Anda Lenaku Terhenti, Novel Hatiku Untuk Dia & Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh. 

Tajuk: Aku Ada
Penulis: Syu Ariani

Sinopsis Novel Aku Ada : Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan.

“Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri.”

Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa panasaran. Namun, ketenangannnya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu… Atau seseorang?

“Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?” – Lyssa

“Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa...” – Hafiy

Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya.

Identiti mayat terbongkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat dikutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar.

Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan Dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga… Nyawa. Kata Dia, ini semua takdir!

“Apa kata kita potong bulatan takdir ini?” – Lyssa

“Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau!” – Dia

Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkah rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting… Mampukah Lyssa melawan Dia?



Tajuk: Andai Lenaku Terhenti
Penulis: Mia Kiff



Sinopsis Andai Lenaku Terhenti : Tanpa prasangka, DIANDRA menerima MALIQUE sebagai suami dan perkahwinan mereka direstui keluarga Malique. Namun kebahagiaan seakan-akan berakhir setelah Diandra berjaya membongkar niat sebenar Malique mengahwininya selama ini. Dunianya seakan-akan gelap kerana hidup dengan keluarga yang berpura-pura. Konflik yang mula tercetus telah menanmbahkan kelukaan hati Diandra. Dia rasa dikhianati suami sendiri!

Sejak awal lagi Diandra sedar yang rupanya biasa-biasa saja. Cantik dan bergaya memang jauh sekali. Dalam fikirannya, lebih fikirkan nak cari duit untuk teruskan hidup daripada melawa. Dah hidupnya hanya sebatang kara dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Hanya kerana seorang lelaki, tiba-tiba hidupnya berubah. Berubah 360 darjah. Tak sangka!

Muncul Malique memberi jambangan hati biarpun pada mulanya Diandra rasa curiga terhadapnya, namun akhirnya dia terpaut pada kesungguhan lelaki itu. Lagipun selama ini lelaki langsung tak pernah memandang dirinya yang selekeh. Masih terngiang-ngiang perbualannya dengan Malique dahulu, sebelum dia menerima lelaki itu…

“Hati saya tak semurah muka saya. Baik awak cari perempuan lain kalau dah terdesak sangat..” – DIANDRA HASSAN

“Kalau saya nak perempuan lain, dah lama saya kahwin. Masalahnya, tak ada perempuan yang buat saya rasa nak berkahwin kecuali dengan awak sorang aje. Bukan itu namanya jodoh ke?” – MALIQUE

Rupa-rupanya kata-kata manis Malique itu palsu belaka… Dan Diandra mula bertindak balas atas segala perbuatan Malique terhadapnya. Diandra bangkit membalas dendam. Namun, bahagiakah dia setelah mendapat apa yang dia mahu?

Mampukah dia membuang rasa cinta yang mendalam pada lelaki itu?

Sementara itu, perasaan Malique pula mula tidak keruan… Pemergian Diandra membuatkan Malique tersedar yang dia sebenarnya mencintai Diandra. Mampukah dia meraih semula kasih isteri yang telah padam buat dirinya?


Tajuk: Hatiku Untuk Dia
Penulis: Rose Harissa


Sinopsis Novel Hatiku Untuk Dia : Lapan tahun Reza hidup bersendiri setelah papa dan mamanya meninggal dunia. Kehadiran Uwais dan Qaira, anak hasil perkahwinan kedua arwah papanya buat hidup Reza kucar-kacir. Reza yang tidak pernah mahu mengenali adik-adiknya itu dituduh tidak cakna oleh rakannya dan lepas tangan kerana sering pulang lewat ke rumah. Kematian Alfan, kembarnya membuatkan Reza terasa kosong walaupun perangai kedua-duanya bagai langit dan bumi.

“Aku bukan macam Alfan yang cool! Yang boleh relaks dan senyum sepanjang masa!” - Reza

“Za! Alfan dah lama meninggal, kut! Dah lapan tahun pun. Yang kau sampai sekarang asyik bandingkan diri kau dengan dia lagi kenapa?” - Akid

Kesedihan dan kesepian Reza tiada siapa yang peduli. Kawan-kawannya juga menjauh. Sehinggalah kemunculan Elviana, PA Uwais dan Qaira yang memberi sedikit perhatian kepada Reza. Sikap positif Elviana banyak membantu Reza menangani kerenah Uwais dan Qaira yang baru menerjah ke alam remaja.

“Awak kena jadi idola Uwais! Awak kena tunjukkan kepada dia perangai dan kelakuan yang dia rasa lebih cool dari apa yang dia sedang cuba jadi sekarang!” - Elviana

Kematangan dan sikap berterus terang Elviana membuatkan Reza jatuh sayang kepada gadis itu. Dia tahu Elviana juga ada rasa yang sama tapi sayangnya, gadis itu sudah bertunang.

“Aku tak ada masa cari perempuan, Vi. Tak terbuka pun hati ni. Bila kau datang, baru aku ada rasa nak bagi hati aku pada kau.” – Reza

“Maknanya... Awak pun suka saya?” – Elviana

“Sayang. Kalau setakat suka, aku boleh pandang kau sebelah mata lagi. Masalahnya, bila hati dah mula sayang, itu yang buat aku tak boleh abaikan kau.” - Reza

Kedudukan Qaira dan Uwais sebagai artis, membuka ruang netizens mengorek kisah silam di sebalik kematian Alfan. Bermacam dugaan harus Reza tempuhi. Musibah mula menimpa. Satu per satu rahsia terbongkar. Pengorbanan Reza akhirnya membuat Qaira dan Uwais meraung keinsafan. Mereka sekeluarga difitnah cuba menyebarkan HIV. Ketika netizens mengecam, para sahabat menyisih, Elviana tetap setia di sisi Reza walaupun dia sendiri mengidap SLE.

“Ya Allah... Atas semua pengorbanan dan kasih sayang yang Reza berikan padaku, izinkan aku membuat dia bahagia sampai hujung nyawaku...” - Elviana

Mampukah Reza menghadapi orang sekeliling yang mengeji? Dapatkah Reza dan Elviana berbahagia? Ini kisah tentang kesetiaan, pengorbanan dan sejauh mana kau mampu bertahan bila diuji Tuhan.

Tajuk: Patah Sayap Bertongkat Paruh
Penulis: Hana Ilhami 


Sinopsis Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh : “Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!” - HISYAM

Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah.

Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.

“Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?” - ALIAH

“Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi...” - TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

“Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!” - Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung.

Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?




No comments:

Post a Comment