Saturday, April 7, 2018

author photo
♥ Assalamualaikum ♥

Novel Mr. Grey Bab 1 - Bab 15 | Novel Online : Drama Mr. Grey drama adaptasi dari novel Mr.Grey karya Syamnuriezmil. Drama ini bakal bersiaran pada minggu hadapan menggantikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang telah tamat. Adaptasi novel kali ini bakal mengandingkan pelakon Eyra Hazalj dan Fendy Bakry. Tarikh siaran pada 09 April 2018, Isnin hadapan.



Sinopsis Mr. Grey : Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan..

This post have 2 komentar

avatar
Sheila Adziz delete April 7, 2018 at 2:09 PM

dh tgk trailernya mcm menarik...

Reply
avatar
Nao Mei delete April 7, 2018 at 2:47 PM

Citwr ni tak berat sgt kak shiela..hihi

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post