Mak Cun 4 Episod 5 - Episod 6 - Dunia Cik Akak

Sunday, April 22, 2018

Mak Cun 4 Episod 5 - Episod 6

♥ Assalamualaikum ♥

Mak Cun  4 Episod 5 - Episod 6 : Mak Cun 4 Episod 5 - Episod 6, bersiaran untuk hujung minggu ini. Petang semalam tamat sudah episod 5. Episod 6 bersiaran petang nanti. Drama Mak Cun 4 ini best dan patut korang follow. 



Bagi yang tak sempat menonton di kaca tv. Bolehlah singgah fanpage cik akak »»https://m.facebook.com/cikakak27/
Boleh follow dan likes fanpage cik akak untuk follow episod seterusnya.

Sinopsis Mak Cun 4 : Mak Cun 4 Mengisahkan perjuangan Mak Cun memperkenalkan Mak Cun Mart. Biarpun produk Mak Cun mendapat sambutan luas, namun dia sukar untuk mendapat tempat bagi memasarkan produk tersebut di peruncit besar. Tidak mahu mengalah, Mak Cun mengambil keputusan membuka sendiri sebuah kedai bagi memasarkan produk miliknya. 

Semakin hari perniagaan mak cun mendapat perhatian ramai. Mak Cun mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio dan Rock untuk menjadi geng Mak Cun. Mak Cun semakin berjaya dengan perniagaan Mart dan onlinenya.  

Malangnya kejayaan Mak Cun tidak dapat dikongsi bersama Pak Akob kerana Cik Pah isteri Pak Akob yang begitu cemburu dengan Mak Cun sehingga tidak langsung membenarkan Pak Akob rapat dengan Mak Cun.

Dalam masa yang sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam matematik manakala Atan mahir dalam internet dan gajet. 

Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka. Mak Cun mula memikirkan untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. 

Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaannya ke sana.

Atul pula merasakan dah sampai masanya dia menumpukan perhatian dengan tanah pusaka yang terbiar lama itu. 

Mak Cun bersetuju dengan cadangan Atul itu lagipun dia sudah ada Cik Pon, pembantu yang boleh diharapkan. Sudah tentu, Manisah masih lagi tidak puas hati dengan kejayaan Mak Cun.

Dia juga mahu berjaya seperti Mak Cun, lalu dia mencari jalan untuk berniaga juga. Manisah mendapat idea untuk membuka butik pakaian dan mengajak Nona yang baru dikenalinya untuk menjadi rakan kongsi. Mak Cun turut ingin menaik taraf butiknya lalu meminta Normah untuk mencari kedai kosong di bandar.

Berebutlah Manisah dan Normah untuk mendapatkan satu kedai yang kebetulan kosong di bandar berdekatan dengan Mart Mak Cun. Pelbagai lagi percubaan Manisah untuk terus bersaing dengan Mak Cun yang menimbulkan kekecohan. Hinggakan tukang jahit Mak Cun diambil untuk menjadikan perniaagaan lebih maju.

Kehilangan tukang jahit Mak Cun tidak mematahkan semangat Normah dan Mak Cun. Tapi mereka lebih berusaha untuk mendapatkan model baju untuk raya akan datang. Manisah tetap mencari jalan untuk memajukan perniagaannya dengan cara yg kurang baik. 

Berjayakah Manisah. Drama Mak Cun 20 episod bakal menjawab persoalannya.

1 comment:

  1. Banyak dah termiss citer mokcun ni. Huhu. :P

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/04/movie-review-belco-experiment-2017.html

    ReplyDelete