Tuesday, April 17, 2018

author photo
♥ Assalamualaikum ♥
Drama Teratai Kemboja | Slot Zehra : Drama Teratai Kemboja telah pun bersiaran pada 13 April 2018. Drama yang menggandingkan Dato Adi Putra, Fasha Sandha dan Elly Mazlein sebagai tunggak utama. 

Drama 21 episod ini mengisahkan kehidupan berpoligami. Sedangkan isteri pertama tak pernah mengetahui. Bagaimanakah kesudahan kisah pasangan tersebut. Teratai Kemboja bakal mengakhir apa yang bermain di minda anda. 

Pelakon : 

Adi Putra sebagai Fikri
Fasha Sandha sebagai Nur Hidayah
Elly Mazlein sebagai Hanani
Hasnul Rahmat sebagai Taufik
Nafiz Muaz sebagai Hamdan

SINOPSIS DRAMA TERATAI KEMBOJA

Drama 21 episod ini menceritakan tentang Fikri dan Hanani dimana kedua-duanya merupakan usahawan muda yang telah mendirikan rumah tangga pada usia yang masih mentah iaitu ketika kedua-duanya masih  meneruskan pengajian di tahun akhir Universiti. 

Justeru itu, Fikri dan Hanani mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak. 

Namun, setelah tamat pengajian Hanani masih  mengambil keputusan untuk merancang dalam usaha mendapatkan anak. Tetapi, berbeza pula dengan suaminya, Fikri yang ingin menimang cahaya mata. Disebabkan hal tersebut, timbul beberapa konflik yang menguji kesetiaan kedua-dua pasangan muda ini. 

Fikri yang mempunyai konflik rumah tangga dengan isteri pertama iaitu Hanani, lantas membawa diri ke Kemboja.

Di sana, beliau bertemu seorang imam dari Malaysia yang menetap lama di Kemboja iaitu Taufik yang mempunyai sejarah tersendiri dengan membawa lari anaknya, Nur Hidayah menetap jauh di rantau orang.

Takdir menentukan Fikri jatuh cinta dengan Nur Hidayah, lantas menikahinya tanpa pengetahuan isteri yang tinggal jauh di Malaysia. 


1 komentar:

avatar
Belang Tarung delete April 18, 2018 at 11:36 AM

kak fasha nak sandar dah aktif balik berlakon..hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post