Drama Monalisa Episod 10 - Episod 15 - Dunia Cik Akak

Sunday, April 1, 2018

Drama Monalisa Episod 10 - Episod 15

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Monalisa Episod 10 - Episod 15 : Drama Monalisa Episod 10 - Episod 15, kehidupan Melissa yang pada mulanya bahagia. Namun berantakkan gara-gara kehadiran gadis bernama Ramona. Siapakah Ramona sebenarnya? Zara Zya memegang watak sebalik melissa dan Nazim Othman sebagai johan. 

drama%2Bmonalisa


Preview Monalisa Episod 10-Episod 15

Drama Monalisa Menggantikan Syurga Yang Kedua : Monalisa merupakan sebuah drama adaptasi drama korea "The Women's Room'. Kisah percintaan yang merumitkan. Drama ini ditayangkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD melalui slot Tiara. Monalisa menggantikan drama Syurga Yang Kedua

Judul Drama : Monalisa 
Adaptasi Drama Korea Berjudul : The Woman's Room
Jumlah Episod : 80 Episod 

Dibintangi Zara ZyaMona AllenNazim OthmanHafreez AdamAmyza AznanRoy AzmanShahriza MahmudFatin Nur Afifah dan ramai lagi. 

  • Zara Zya sebagai Melissa
  • Mona Allen sebagai Ramona
  • Nazim Othman sebagai Johan
  • Hafreez Adam sebagai Adam Hakim

Sinopsis Monalisa : Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden.
Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam mebantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.


Senarai Lagu Tema @ OST Monalisa
  • "Esok Masih Ada" nyanyian Hannah Delisha
  • "Aku Sendiri" nyanyian Sufi Rashid
  • "Terus Mencintai" nyanyian Siti Nordiana
  • "Bunga" nyanyian Ara Johari
  • "Biar Cinta" nyanyian Syamel
  • "Rintihan Rindu" nyanyian Wany Hasrita
  • "Tergantung Sepi" nyanyian Haqiem Rusli


The Women's Room : Min Kyung-chae ialah seorang Naib Presiden Hotel Mona Lisa, iaitu sebuah hotel yang mewah. Dia kemudian bertemu dengan seorang gadis miskin yang bernama Eun Hee-soo. Bersimpati dengan nasib Hee-soo itu, dia mengajak Hee-soo dengan ibunya untuk tinggal di rumahnya. Ibu Kyung-chae kemudian mencurigai Hee-soo dan berasa bimbang suatu hari nanti mereka akan cuba mengambil alih rumah mereka. Kyung-chae kemudian menjelaskan bahawa ibunya salah faham dengan Hee-soo lalu meminta ibunya untuk melayani mereka dengan baik. Hee-soo yang terpesona dengan kehidupan mewah Kyung-chae bertekad untuk mengambil semuanya yang dimiliki Kyung-chae serta daripada keluarganya. Selepas dia berjaya mendapatkan kerja di hotel tersebut, Hee-soo kemudiannya berusaha untuk menggoda teman lelaki Kyung-chae, Han Ji-sub untuk menjadi kekasihnya. Apabila Kyung-chae mengetahui semua itu, dia berasa sangat kecewa dan berasa dikhianati selepas melihat Hee-soo dan Ji-sub bercumbu di atas bumbung hotel itu.
Suatu hari, Hee-soo meminta pertolongan Ji-sub untuk membantunya menjatuhkan ayah Kyung-chae, Min Dong-chul yang merupakan Presiden Hotel Mona Lisa, dengan cara membuatkan Dong-chul ditahan pihak polis akibat kesalahan rasuah. Kyung-chae bertekad untuk mencari dalang di sebalik penangkapan ayahnya itu. Kemudian, dia mendapati Hee-soo ialah punca ayahnya ditangkap dan kemudian mereka mula menjadi musuh. Hee-soo bertindak memujuk ahli lembaga pengarah hotel untuk memecat Kyung-chae daripada memegang jawatan Naib Presiden Hotel Mona Lisa. Setelah itu, dia kemudian kembali ke rumah Kyung-chae untuk membakar rumah itu serta membunuh ibu Kyung-chae, Yeo Ok-sun yang separuh lumpuh. Kejadian itu membuatkan Kyung-chae, ayahnya serta adiknya, Eun-chae tidak mempunyai rumah lalu menjadi miskin. Ayah Kyung-chae dibebaskan kerana hilang ingatan dan masalah kesihatan. Kyung-chae beruntung apabila kawan yang dipercayainya, Jin Soo-hyuk menawarkannya untuk bekerja di restoran miliknya. Soo-hyuk sebenarnya ialah chef di Hotel Mona Lisa namun dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan setelah mengetahui kejadian yang menimpa Kyung-chae di hotel tersebut.
Sementara itu, Hee-soo dilantik menjadi Naib Presiden Hotel Mona Lisa yang baharu. Dia kemudiannya berkahwin dengan Ji-sub. Hee-soo kini menetap di rumah Kyung-chae yang sudah pun diubah suai semula. Kyung-chae dan Soo-hyuk berjaya kembali ke hotel tersebut apabila Soo-hyuk menjadi Presiden Hotel Mona Lisa yang baru, manakala Kyung-chae menjadi wakil rakan kongsi Hotel Mona Lisa, iaitu Lubyni. Tujuan sebenar mereka adalah untuk membongkar segala kejahatan Hee-soo, manakala Kyung-chae ingin mendapatkan semula apa yang telah dirampas oleh Hee-soo daripadanya. Hubungan Hee-soo dengan mentuanya mulai bermasalah apabila dia memalsukan kehamilannya lantas membuatkan ibu mentuanya hilang kepercayaan terhadap dirinya. Ji-sub sering menasihati Hee-soo agar menghentikan segala rancangan jahatnya itu sebelum terlambat namun tidak diendahkan oleh Hee-soo. Pihak bank memaklumkan Hee-soo bahawa jika dia gagal untuk membayar kembali pinjaman yang telah dibuat tepat pada waktunya, rumahnya akan dilelong. Disebabkan tekanan dan menjadi buntu, Hee-soo kemudian mencuba untuk mendapatkan bantuan daripada peguamnya namun akhirnya peguamnya sendiri mengkhianati dirinya.
Selepas berjaya mendapatkan bukti yang kukuh, Kyung-chae bertindak untuk menyaman Hee-soo dan membawanya ke mahkamah. Hee-soo akhirnya mengakui segala kesalahannya lantas menyebabkan dia meringkuk dalam penjara seumur hidup. Hee-soo kemudian mengetahui bahawa dia menghidap penyakit yang membawa maut. Kyung-chae yang mengetahui penyakit Hee-soo itu segera bergegas untuk menemui Hee-soo melihat keadaannya itu. Namun, Hee-soo mengatakan bahawa dia tidak akan sesekali memohon maaf daripada Kyung-chae. Sesudah itu, Hee-soo jatuh pengsan. Kemudian, Hee-soo digegaskan ke hospital di mana dia hanya terbaring lemah dan penat di katil. Kemudian, Hee-soo menziarah ibu Kyung-chae yang sudah meninggal di rumah krematorium untuk memohon kemaafaan. Tidak lama kemudian, Soo-hyuk membawa Kyung-chae untuk melawat ibu Kyung-chae lalu menyarungkan cincin di jari Kyung-chae di hadapan makam ibu Kyung-chae. Pada malam harinya, Hee-soo menghubungi Kyung-chae untuk bercakap dengannya. Setelah selesai bercakap, Hee-soo meninggal dunia manakala ibunya pula meringkuk dalam penjara.

No comments:

Post a Comment