Friday, April 27, 2018

author photo


Cinta Fatamorgana Episod 11 | Cinta Fatamorgana Episod 11, ada tak yang follow drama ini. Kalau ada kita geng.


Drama Cinta Fatamorgana bagi cik akak drama yang mengisahkan kisah cinta yang tiada pengakhirannya. 

Cinta yang tercipta umpama fantasi.

Watak dua lelaki yang menyintai seorang gadis yang sama.

Seorang lelaki yang menyintai.

Tapi ego lebih tinggi dari rasa cintanya.

Dan seorang lagi, terlalu obses dengan wanita tersebut. 

Nak kata kemaruk cinta, pastinya bukan.

Fatamorgana bermaksud sesuatu yang masih samar-samar atau lebih mudah untuk difahami bermaksud fantasi. 

Cinta Fatamorgana mengisahkan kehidupan Huzair dan Rifqi yang berkawan sejak kecil lagi. 
Namun perwatakan mereka amat berbeza. Menyintai gadis yang sama.

Siapakah yang beralah? 

Dan siapakah pilihan si gadis.


Sinopsis Cinta Fatamorgana : Huzair dan Rifqi berkawan baik sejak kecil dan sama-sama mempunyai perasaan pada Nur Wildad. 

Rifqi anak yatim piatu yang dijaga oleh Tuan Deraman dan isterinya. 

Ibu bapa Huzair. 

Ayah Huzair membiayai pendidikan mereka di Universiti. 

Demi ingin membalas kebaikan Tuan Deraman, Rifqi bersetuju menikahi Wildad.

Perkahwinan mereka terpaksa dirahsia dari Huzair. 

Dalam waktu yang sama, Huzair terlebih dahulu mengetahui rahsia perkahwinan mereka.

Namun Huzair berlakon tidak mengetahui.

Yang menjadi persoalannya, siapakah pilihan wildad. Si suami yang ego atau Huzair lelaki yang dambakan cintanya.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya. Jangan lupa menonton drama Cinta Fatamorga Episod Akhir.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post