Saturday, April 21, 2018

author photo
♥ Assalamualaikum ♥

Blog Drama Bolehlah Raih Trafik Adsense? Cik akak tahu ramai antara blogger tak sukakan blog yang ada informasi drama. Maklumlah pada pandangan mereka blog drama itu adalah blog copy paste dan seorang blogger yang pemalas. 


Blogger yang pemalas. Korang agak lah, betapa sempitnya pemikiran blogger zaman kini. Depa ingat blog yang berkonsepkan drama tu adalah copy paste semata-mata. 

Bukan cik akak nak menunding jari atau menuduh, tapi itulah hakikat pandangan insan yang bergelar blogger. 

Bila cik akak update pasal adsense setiap hari, mesti ada yang cakap. Blog drama bolehlah dapat trafik adsense. Kalau korang nak tahu, blog yang mempunyai informasi drama tu lebih ramai dari blogger personal life. Kebarangkalian untuk meraih trafik itu adalah tipis.

Macam korang juga, minat ke arah gosip atau informasi kehidupan harian. Mestilah korang tulis benda tu kat blog. Macam blog kami, blog informasi drama. Kami minat, kami tulis lah. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Yang penting jangan pertikaikan penulisan orang lain sedangkan diri sendiri masih terkapai mencari haluan.

Terus terang cik akak ulaskan, bukan mudah dan bukan mudah untuk bersaing dengan penulisan bermotifkan drama. Namun kami memilih dan kami perlu jalankan tanggungjawab untuk mengangkat sebuah drama melalui penulisan blog. Jadi kami bersaing secara adil. Yang gempak boleh naik mendadak. Yang kerdil semestinya menunggu peluang untuk mencari jalan.

Adsense yang kami dapat, tak ada kena mengena dengan trafik drama. Maklumlah drama kat blog cik akak ni pageview pun tak capat 100view.

Percaya tak percaya terserah. Yang penting kami buat cara lain untuk mendapatkan trafik adsense. Untung silap menjadi tak menjadi. Yang penting cuba.


Kalau nak dibayangkan pageview blog cik akak sehari. Mungkin bernasib baik kalau pancing mengena. Dapat juga 3k view sehari. Kalau pancing tak mengena, cik akak dapat 1K view sehari. 

Bila tengok adsense sehari boleh juga lepas 1usd. Sebab cik akak letakkan target. Setiap hari cik akak usahakan untuk tingkatkan adsense. 

Namun kadangkala tak menjadi juga. Tapi cik akak tak pernah beralah. Cuba lagi hari lain. Buat lagi entri. Disiplin satu entri satu hari. Cukup satu entri cik akak tutup blog.haha..

Blogwalking blog serius cik akak tak buat dah. Join giveaway dan contest memang tak dah. Kalau semua tak, macam mana nak dapat trafik blog. 

Satu je cara cik akak, tulis apa yang kita minat. Tak payah nak sibuk hal orang lain. Rezeki income blog tu, asalkan kita percaya pada rezeki Allah. Esok lusa tak dapat, mungkin kemudian hari dapat lebih. Apa yang penting, disiplinkan diri dengan satu entri. 

Korang dah habis baca...sila datang lagi..😂😂😂

This post have 2 komentar

avatar
Cik Ash delete April 21, 2018 at 9:21 PM

ekin pun tulis gak pasal drama..

Reply
avatar
Radhia Razali delete April 23, 2018 at 10:29 AM

kalau pancing tak mengena pv 1k/day yea..still tinggi lagi tu..hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post