Biodata Fendy Bakry @ Mr.Grey - Dunia Cik Akak

Friday, April 20, 2018

Biodata Fendy Bakry @ Mr.Grey

♥ Assalamualaikum ♥
Biodata Fendy Bakry @ Mr.Grey : Biodata Fendy Bakry @ Mr.Grey, pastinya ramai yang mencari. Maklumlah sejak 2 minggu drama Mr.Grey ditayangkan di astro ria, rata-rata yang menonton drama tersebut terus jatuh cinta pandang pertama. hihi



Drama Adaptasi ini menggandungi 16 episod penuh. Bermakna drama ini bakal bersiaran lagi 2 minggu akan datang. Bagi yang terjebak mengikuti kisah cinta mereka berdua. Jangan lupa menyaksikan Mr,Grey Episod Akhir pula. 

Sebenar Fendy Bakry ini telah lama bergiat dalam dunia hiburan. Malah dah berapa buat drama yang telah dilakonkan oleh beliau. 5 tahun dalam industri hiburan, tapi ramai lagi yang tak mengenali beliau. Bagi yang ingin mengenali beliau boleh intai-intai Biodata Fendy Bakry @ #Mr.Grey.

Biodata Fendy Bakry @ #Mr.Grey

Nama sebenar : Mohd Affandi Nor Bakri
Nama gelaran : Fendy Bakry
Asal : Perak
Umur : 30 tahun
Penglibatan : Hero Remaja 2012
Bangsa : Melayu 
Agama : Islam
Instagram : https://www.instagram.com/fendybakry/
Twitter : https://twitter.com/fendybakry

Drama : Kerna Syurga Bukan Percuma - Watak Abang Surau
Drama Terbaru : Mr.Grey

Drama Mr. Grey, ini mengisahkan Mr.Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

Sinopsis Novel Mr.Grey

Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...

Untuk pembelian Novel Mr.Grey korang boleh beli secara online di pautan ini>>http://www.belibukuonline.com.my/karya-seni/4000-mr-grey.html

No comments:

Post a Comment