Tuesday, March 13, 2018

author photo
♥ Assalamualaikum ♥

Ulangtayang : Drama Tihany Di TV9 : Drama ini pernah ditayangkan pada tahun 2012. Dah lama juga kan. Sekarang bersiaran ulangtayang drama Tihany di tv9. 


Drama Tihany ini menggandingkan teraju utama Nabila Huda dan Ungku Ismail. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang gadis anak kepada usahawan yang berjaya. Walaupun mempunyai kemewahan, namun gadis ini lebih selesa hidup bersederhana. 

Sinopsisi Tihany : Tihany merupakan seorang gadis yang biasa dan sederhana. Namun disebalik kesederhanaan beliau, dia mempunyai budi pekerti dan adap sopan yang amat tinggi. Walaupun dia adalah anak tunggal seorang tokoh usahawan yang berjaya, dia tetap dengan caranya yang sederhana dan gembira menguruskan kedai bunga yang kecil. Tihany mempunyai seorang ibu tiri yang sangat rapat dengannya yang dianggap seperti ibu sendiri. Tihany juga sudah bertunang dengan Azman selaku setiausaha di syarikat ayahnya. Azman adalah seorang yang sederhana dan dia sering merasakan rendah diri kerana berkawan dengan anak tokoh usahawan. Tragedi berlaku sutu hari sebelum pernikahan mereka apabila Tan Sri Abu Bakar diserang sakit jantung dan Azman tidak muncul pada hari pernikahan. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya dia perlu juga berkahwin. Soraya (ibu tiri) mencadangkan beliau berkahwin dengan Imran, seorang kenalannya. Pelbagai konfik timbul kerana sikap tamak Soraya dan Azman kerana ingin membolot harta Tan Sri Abu bakar dan anaknya, Tihany.

This post have 3 komentar

avatar
Nona Qiyah delete March 13, 2018 at 10:19 PM

Yes, ada tengok..dua tahun lepas keluar jugak kat TV9....x silap..suka...banyak betul persoalan dalam cite ni..hehe

Reply
avatar
Shuhaida Saad delete March 14, 2018 at 4:19 PM

lama pun tak tengok, yang baru pun takdan tengok. :(

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post