Telemovie Aku Nazmi | Cerekarama TV3 - Dunia Cik Akak

Saturday, March 31, 2018

Telemovie Aku Nazmi | Cerekarama TV3

♥ Assalamualaikum ♥

Telemovie Aku Nazmi | Cerekarama TV3 : Telemovie Aku Nazmi tengah bersiaran melalui slot Cerekarama TV3 malam ini. Telemovie Aku Nazmi diterajui gandingan Ayda Jebat dan Jay Iswazir. Telemovie mengisahkan kisah duka cinta pasangan kurang upaya. 


SINOPSIS AKU NAZMI : Mengisahkan Nazmi yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan dalam talian dengan bantuan sepupunya, Rafi.

Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya bernama Ilya, seorang gadis pekak dan bisu.

Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat tetapi Puan Juha, ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka.

Bagaimanakah kesudahan kisah mereka? Berjayakah Nazmi memiliki hati gadis yang dicintai. 

Adakah Nazmi berjaya
menyunting Ilya sebagai isterinya? Tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada kesudahan kisah mereka, saksikan Telemovie Aku Nazmi | Cerekarama TV3. 

No comments:

Post a Comment