Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 8 - Dunia Cik Akak

Thursday, March 22, 2018

Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 8

♥ Assalamualaikum ♥

Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 8  : Gandingan Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson. Bakal menemui penonton pada 12.03.2018. Apa yang menariknya drama ini jom layan Adaptasi Novel | Tak Ada Cinta Sepertimu.

Tak%2BAda%2BCinta%2BSepertimu


Adaptasi Novel | Tak Ada Cinta Sepertimu
Jumlah Episod : 16 Episod
Setiap Isnin hingga Khamis
Hanya : Astro Ria & Astro Ria HD

Anda ingin menonton drama ini secara online, boleh singgah fanpage cik akak di link ««https://m.facebook.com/cikakak27/»» 

SINOPSIS DRAMA TAK ADA CINTA SEPERTIMU
Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.


Sinopsis Novel Tak Ada Cinta Sepertimu : Panas! Meletep Kebabom! Itu yang dirasakan oleh Hazran setiap kali bertemu Athea. Ketika pertemuan pertama, gadis yang disangka janda anak dua itu berebut pek Panadol dengannya. Berlakulah siri pertemuan seterusnya.
“Awak lagi?” – Hazran
“Apa salah anak-anak saya kali ni?” – Athea
Cermin tingkap rumahnya dipecahkan dan kucing kesayangannya dicuri. Semuanya angkara Athea dan anak-anak. Malah, Athea punca dia putus tunang dengan Bella. Namun, siapa sangka jiran yang dipandang jelik sebelum inilah yang mencuri hatinya. Athea mungkin pemilik tulang rusuknya.
“Saya sayangkan awak. Saya nak kita halalkan hubungan kita supaya kita boleh sama-sama jaga ayah dan anak-anak.” – Hazran
“Macam mana dengan ibu awak?” – Athea
Hazran perlukan restu uminya yang terlalu prejudis terhadap Athea. Misi undercover dilaksanakan oleh umi dan ayah untuk mengenali bakal menantu mereka. Warga emas jadi spy? Memang menangislah Hazran.


No comments:

Post a Comment