Sinopsis Telefilem Hamba Iblis | Astro Citra & Astro Mustika HD - Dunia Cik Akak

Wednesday, March 28, 2018

Sinopsis Telefilem Hamba Iblis | Astro Citra & Astro Mustika HD

♥ Assalamualaikum ♥
Sinopsis Telefilem Hamba Iblis | Astro Citra & Astro Mustika HD : Telefilem ini bakal ditayangkan pada 31 Mac 2018. Bersiaran 9.00 malam di Astro Citra dan Astro Mustika HD. 
Judul Telefilem : Hamba Iblis
Masa Siaran : 9.00 malam



Telefilem Hamba Iblis dibintangi barisan pelakon popular seperti Ameerul Affendi, Nam Ron, Siti Saleha dan Ken Ridzuan.

Sinopsis Telefilem Hamba Iblis | Astro Citra & Astro Mustika HD :  Hamba Ibilis mengisahkan Tahir yang sanggup membuat apa saja demi mendapatkan Aishah.
Dengan bantuan kawan baiknya, Malik, Tahir mendapatkan khidmat bomoh. Selepas menunaikan permintaan bomoh supaya setiap malam bulan mengambang, jin yang digunakan untuk mendapatkan Aishah perlu dijamu dengan darah haid, akhirnya hasrat Tahir tercapai.
Hampir setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak, Anis, Tahir sekali lagi mendapatkan khidmat bomoh untuk hidup mewah bagi membahagiakan Aishah dan mengambil hati arwah bapa mentuanya.
Namun kali ini syarat yang ditetapkan amat ketat. Jika Tahir gagal ‘menjamu’ jin peliharaannya dengan darah manusia yang mati dibunuh, sama ada Aishah akan jadi milik jin peliharaannya sampai bila-bila ataupun nyawa anak kesayanganya menjadi taruhan.

Pada masa sama pula, bekas kekasih Aishah, Halim (Nam Ron) baru pulang ke kampung setelah enam tahun menghilangkan diri dan selepas itu, bermula satu per satu konflik dan penemuan sebuah jawapan.

Apakah kesudahan kisah mereka. Saksikan Telefilem Hamba Iblis yang ditayang pada 31 Mac 2018 ini. Ia memaparkan yang menarik.

1 comment: