Sinopsis Abang Kandung | Cerekarama TV3 - Dunia Cik Akak

Saturday, March 10, 2018

Sinopsis Abang Kandung | Cerekarama TV3

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Abang Kandung | Cerekarama TV3  : Telefilem ini dibintangi Izzue Islam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani dan Octavia Senrose. Cerekarama Abang Kandung bakal bersiaran malam ini. Nantikan kesudahan kisah mereka dalam Cerekarama Abang Kandung TV3.



SINOPSIS ABANG KANDUNG 
Saiful merupakan anak sulung dan menjadi kebanggaan kepada Pak Talib dan Mak Mah serta adiknya, Usof. Namun segalanya berubah, apabila Saiful sering berfoya-foya, sehingga dia telah memperkosa Sara.

Saiful meninggalkan kampung dan hidup bergelumang dosa di bandar dengan pil khayal, mabuk dan wanita.
Bagaimanapun, dia tiba-tiba pulang ke kampung untuk meminta maaf daripada bapanya, Pak Talib, tetapi malangnya Pak Talib menghalau Saiful dan tidak membenarkannya tinggal di rumahnya.
Adiknya, Usof yang berniaga roti canai membawa Saiful ke rumah nenek mereka dan menumpang di situ. Dia akhirnya bekerja sebagai penoreh getah. Namun Saiful tetap mahu meminta maaf daripada Pak Talib kerana sudah memalukan bapanya itu.
Sekali lagi, Pak Talib tetap tidak mahu memaafkan Saiful sehinggalah Usof mahu menjaga abangnya. Saiful akhirnya muntah darah dan dbawa ke hospital.

No comments:

Post a Comment