Novel Terbaru Di Alaf 21 | Novel Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen | Novel Love Lila | Novel Spy Hati Dari Chantilly - Dunia Cik Akak

Monday, March 19, 2018

Novel Terbaru Di Alaf 21 | Novel Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen | Novel Love Lila | Novel Spy Hati Dari Chantilly

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Terbaru Di Alaf 21 | Novel Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen | Novel Love Lila | Novel Spy Hati Dari Chantilly : Tiga novel terbaru di laman alaf 21. Novel ini telah pun berada di pasaran. Ketiga novel ini boleh dibeli secara online di laman alaf 21. Novel keluaran Januari dan Februari 2018. 


Sinopsis Novel Calon Isteri Alexander Zulkarnaeen : Alexander Zulkarnaeen, punya dua watak berbeza di kampung, juga di bandar. Dia memiliki segalanya berkat usaha gigih dan titik peluh sendiri namun hidupnya terpinggir apabila pulang ke kampung. Namanya tiada di hati abang-abang yang lain dek kerana kisah hitam yang pernah dilakukannya ketika waktu remaja dahulu. Sindiran dan cemuhan memang makanannya sejak detik hitam itu berlaku. Lalu pada mereka semua, dia hanya menampilkan diri sebagai anak muda biasa yang tidak punya apa untuk dibanggakan.
 
Namun, hatinya juga diketuk cinta! Cinta yang hadir tak disangka-sangka. Semuanya gara-gara janji pada sang ibu yang perlu ditepati. Janji mahu membawa menantunya menjelang 31 Disember. Dek kerana tidak pernah bercinta, diaturnya jadual pertemuan jodoh selama sebulan semata-mata kerana mahu mencari calon isteri buat diri sendiri. Dan di antara mereka semua, dia bertekad memilih empunya nama Intan Nawrah. Bagaimana denyutan cinta di antara mereka berdua bermula? Dapatkah Intan Nawrah mengisi kekosongan hati Alexander Zulkarnaeen, juga menambat hati anggota keluarga mertua yang lain?




Sinopsis Novel Love Lila : Tidak ada cinta yang tidak diuji. Tidak ada kesetiaan yang tidak diduga.
 
Alila baharu sahaja putus cinta. Alasan putus cinta ialah kerana perbezaan darjat. Alasan yang dia rasa sangat tak relevan di zaman metropolitan ini. Seorang jururawat sepertinya mana mungkin bergandingan dengan seorang doktor. Malah kedua-dua ibu bapa bekas kekasihnya juga doktor yang hebat maka siapalah dia di mata mereka.
 
Alila bangkit meneruskan hidup. Padanya cinta boleh datang beribu kalinya. Tiada istilah cinta pertama bawa ke mati. Bezanya ditanam satu perasaan agar dia jatuh cinta dengan orang yang setaraf dengannya.
 
Pertemuan Alila dengan seorang jejaka bernama Jude mencambahkan kembali halus. Apatah lagi pada pertemuan pertama dan kedua, sangkanya mereka setaraf dan Juhaidi ini orangnya biasa-biasa sahaja.
 
“What I am amazed by is, this is the first time I know anyone who created something so techie! I’m so glad that you are not a doctor” - Alila
 
“Alila, about my work. So much of confidentiality is involved. Ada yang saya boleh cakap, ada yang saya kena simpan sendiri. Saya harap sangat awak faham.” – Jude
 
Apabila akhirnya status Jude terbongkar, Alila berundur.  Benarkah Jude bukanlah seorang doktor seperti bekas kekasihnya tetapi dia seorang ‘pembunuh’. Mampukah Alila menerima hakikat yang pahit ini? Mampukah Alila teguh dengan pendiriannya apabila rahsia demi rahsia terbongkar?






Sinopsis Novel Spy Hati Dari Chantilly : Andai Harus Memilih...Hidup Bahagia Atau Hidup Dalam Bahaya...

TIGA tahun lalu, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris maut di Paris. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu, dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.
 
“Dia pencuri yang agak terkenal dalam kalangan pihak berkuasa di sini. Sasarannya selalu tak pernah gagal. Dah lama pihak Interpol cuba memburunya tapi sentiasa gagal. Tak sangka kamu berpeluang bertemu dengan dia. Bagaimana rupanya?”
 
Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya, Suri Imani menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang ketika mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.
 
“I harap you boleh jadi PA yang baik untuk I. Because I need you more than you think.” - Mikey Mikhail
 
Mikey Mikhail juga seperti Suri Imani, seorang pelarian. Bezanya dia melarikan diri daripada kisah silamnya. Kerana dendam, dia menjalani hidup yang tidak pernah diimpikannya. Namun kehadiran Suri Imani membuatkan dia merasakan ‘hidup’ kembali. Ceria tanpa dendam yang membelenggu diri.
 
Kehadiran Ezekiel membuatkan Mikey Mikhail mula mengesyaki Suri Imani mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan. Siapa Suri Imani yang sebenarnya? Siapa Ezekiel yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka?


No comments:

Post a Comment