Novel Halalkan Hati Yang Kucuri Bab 1 - Bab 15 | Drama Adaptasi Novel - Dunia Cik Akak

Saturday, March 17, 2018

Novel Halalkan Hati Yang Kucuri Bab 1 - Bab 15 | Drama Adaptasi Novel

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Halalkan Hati Yang Kucuri Bab 1 - Bab 15 | Drama Adaptasi Novel : Untuk makluman peminat drama adaptasi novel. Drama Halalkan Hati Yang Kucuri akan ditayangkan sebaik sahaja Drama Tiada Arah Jodoh Kita melabuhkan tirainya. Drama terbaru ini nanti bakal mengandingan dua teraju utama iaitu Alif Aziz dan Farah Nabilah. 
halalkan-hati-yang-kucuri

Novel Halalkan Hati Yang Kucuri adalah novel yang lain dari yang lain yang pernah cik akak. Walaupun ia berkonsepkan kisah cinta. Tapi ianya lebih kepada nilai kasih sayang dua insan. Berplotkan kekeluargaan, namun novel ini amat menarik pada pandangan cik akak.

Ada tak yang nak baca online. Boleh je klik pautan ini »»https://www.wattpad.com/445370199-halalkan-hati-yang-kucuri-bab-1»»Novel Halalkan Hati Yang Kucuri Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15««

Delisha adalah gadis yang keras kepala dan manja. Namun ia tetap mempunyai pendirian yang tersendiri. Kehidupan sosial namun masih menyayangi diri-sendiri. Kehidupan suami isteri bermula bila Nenda meletakkan syarat menikahi Faiq. Bermulalah kisah mereka. Bahagia sentiasa beriringan dengan derita. Mampukah mereka menanganinya.

Bila anak manja dah biasa dengan kemewahan dunia. Mampukah pasangan ini mengharungi hidup sebagai orang biasa. Kini duit sukar untuk dicari. Sesukar mana....mampukah Faiq membahagiakan Delisha. 

Sinopsis Novel Halalkan Hati Yang Kucuri : 
Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

“Abang tak mahu janjikan sayang bulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan…”- Faiq.

“Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya… Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orangnya…”- Delisha.

1 comment:

  1. hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete