Minggu Akhir | Syurga Yang Kedua Episod Akhir - Dunia Cik Akak

Thursday, March 15, 2018

Minggu Akhir | Syurga Yang Kedua Episod Akhir

♥ Assalamualaikum ♥

Minggu Akhir | Syurga Yang Kedua Episod Akhir : Minggu akhir dah drama adaptasi drama indonsia ini. Isnin adalah minggu akhir kisah di antara Sabrina dan Daniel. Bagaimana percaturan kehidupan pasangan suami isteri tersebut. Saksikan Minggu Akhir | Syurga Yang Kedua Episod 66 | Episod 67 | Episod 68 | Episod 96 | Episod 70 (Episod Akhir).


Minggu Akhir | Syurga Yang Kedua Episod Akhir Episod 65 - Episod 69

Sinopsis Syurga Yang Kedua | Drama ini mengisahkan tentang Sabrina (Siti Elizad) yang hidup bahagia bersama suaminya Daniel (Zarul Husin), namun mereka masih belum dikurniakan anak. Ibu Daniel, Dato' Sherry (Azizah Mahzan) yang mahukan cucu lelaki untuk menjadi pewaris perniagaannya sering mendesak Daniel untuk berkahwin lagi. Sabrina sentiasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya itu, tidak lama kemudian Sabrina kemalangan lalu koma. Dato' Sherry menggunakan peluang ini untuk memaksa Daniel berkahwin dengan doktor peribadinya, Dr. Vanida atau Vivy (Fasha Sandha).
Daniel dan Vivy tersepit ditengah-tengah, Vivy yang merupakan kawan baik Sabrina tidak sanggup ingin merampas suami kawan baiknya sendiri itu. Manakala Daniel pula tidak mahu menduakan Sabrina namun akhirnya mereka terpaksa juga berkahwin disebabkan masing-masing tidak mahu menjadi anak derhaka. Sabrina yang koma kini mula sedar kembali dan dia begitu terkejut apabila mengetahui suaminya telah berkahwin lain dengan kawan baiknya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?

1 comment:

  1. x sabar tunggu esok Sabtu ulanganya --- hari Biasa x sempat

    ReplyDelete