Hidup Untuk Mati Itulah Hakikatnya - Dunia Cik Akak

Saturday, March 10, 2018

Hidup Untuk Mati Itulah Hakikatnya

♥ Assalamualaikum ♥

Hidup Untuk Mati Itulah Hakikatnya : Melangkau usia yang kian dimamah masa. Siapakah kita? Dan di mana bakal berakhirnya kehidupan kita! Mungkin dengan cara yang kita sendiri kurang kepastian. Namun mati adalah pasti. Hidup Untuk Mati Itulah Hakikatnya.


Bila satu kehidupan lahir. Maka ianya beriringan dengan kematian. Kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan pertemuan dan perpisahan. 

Kita akan mati! Sudah bersediakah kita dengan janji Allah yang satu ini. Mungkin hari ini kita belum cukup bersedia. Namun siapa boleh menduga. Dan siapa boleh menindak takdir ketentuan Ilahi. Entah esok lusa Allah tarik nikmat kita hidup dan digantikan dengan kematian yang kita tidak jangkakan.

Bila kita akan mati! Mungkin itu juga yang menjadi persoalannya. Tak kira sesaat atau seminit cuma. Andai janji Allah menentukan kita esok atau hari akan mati. Tiada istilahan tundaan. Kerana mati itu pasti.

Ya Aku Belum Cukup Bersedia Untuk Kematian! Ketakutan seringkali menghantui kita, namun anda kita sentiasa percaya pada janji Allah. Pastinya kita akan tersenyum dengan hati yang tenang. Orang kata...cukupkan amal..adalah tiket untuk satu ketenangan. 

Kematian Tidak Ada Istilah Tundaan. Siapa pun kita...berapa banyak pun amalan kita. Yang penting jangan pernah riak..jangan pernah menunding jari. Apatah lagi membanggakan diri. Soal amalan dunia akhirat siapa kita untuk membuat ukuran. Cukuplah nilai keikhlasan dan kejujuran dalam hati kita untuk memperolehi nikmat kehidupan dan kematian. 

Hari Ini Bukan Masa Kita...Esok Lusa Pasti Akan Dijemput. Hidup Mati Adalah Pasti.

1 comment:

  1. Inilah yang berlaku kepada arwah adik ipar saya minggu lepas.
    Baru berumur 40 tahun, tapi Allah telah memanggilnya menghadap dalam usia yang masih muda.

    ReplyDelete