Episod Akhir | Syurga Yang Kedua Episod 70 - Dunia Cik Akak

Saturday, March 17, 2018

Episod Akhir | Syurga Yang Kedua Episod 70

♥ Assalamualaikum ♥


Episod Akhir | Syurga Yang Kedua Episod 70 : Minggu akhir dah drama adaptasi drama indonsia ini. Isnin adalah minggu akhir kisah di antara Sabrina dan Daniel. Bagaimana percaturan kehidupan pasangan suami isteri tersebut. Saksikan Syurga Yang Kedua Episod 70 | Episod Akhir.

syurgayangkedua

Syurga Yang Kedua Episod 70 | Episod Akhir

Anda ingin menonton drama ini secara online, boleh singgah fanpage cik akak di link ««https://m.facebook.com/cikakak27/»» 

Sinopsis Syurga Yang Kedua | Drama ini mengisahkan tentang Sabrina (Siti Elizad) yang hidup bahagia bersama suaminya Daniel (Zarul Husin), namun mereka masih belum dikurniakan anak. Ibu Daniel, Dato' Sherry (Azizah Mahzan) yang mahukan cucu lelaki untuk menjadi pewaris perniagaannya sering mendesak Daniel untuk berkahwin lagi. Sabrina sentiasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya itu, tidak lama kemudian Sabrina kemalangan lalu koma. Dato' Sherry menggunakan peluang ini untuk memaksa Daniel berkahwin dengan doktor peribadinya, Dr. Vanida atau Vivy (Fasha Sandha).
Daniel dan Vivy tersepit ditengah-tengah, Vivy yang merupakan kawan baik Sabrina tidak sanggup ingin merampas suami kawan baiknya sendiri itu. Manakala Daniel pula tidak mahu menduakan Sabrina namun akhirnya mereka terpaksa juga berkahwin disebabkan masing-masing tidak mahu menjadi anak derhaka. Sabrina yang koma kini mula sedar kembali dan dia begitu terkejut apabila mengetahui suaminya telah berkahwin lain dengan kawan baiknya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?

1 comment:

  1. kene tengok cerita ni sebab suka watak sabrina ni:)

    ReplyDelete