Episod Akhir Drama Dia | Episod 60 - Dunia Cik Akak

Sunday, March 11, 2018

Episod Akhir Drama Dia | Episod 60

♥ Assalamualaikum ♥

Episod Akhir Drama Dia | Episod 60 : Akhirnya drama berantaian berjudul Dia ini bakal melabuhkan tirainya malam ini. Apakah kesudahan cinta mereka? Siapakah pilihan Aira? Ikuti kisah mereka malam ini Episod Akhir Drama Dia | Episod 60.



Minggu Akhir - Dia Episod 58 - Episod 60

SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)
Adit (Irwansyah), tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda (Izara Aishah), anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban. Korbankan cintanya terhadap Aira (Janna Nick).

Dalam melayani duka lara hati, Zaid (Adi Putra) muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira. Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya.

Adit pula berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodoh antara pasangan suami isteri ini tidak bertahan lama apabila Emelda meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung yang diberi nama Icha Aulia (adik Sandrinna Michelle Skornicki).

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Aidit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Aidit, jelas kedatangan Aidit membuatkan hatinya berantakan kerana Aidit mahu menggapai semula hati Aira.

Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Aidit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira?

No comments:

Post a Comment