Drama Zahir Tak Terucap Bakal Menggantikan Drama Tiada Arah Jodoh Kita | Akasia TV3 - Dunia Cik Akak

Thursday, March 22, 2018

Drama Zahir Tak Terucap Bakal Menggantikan Drama Tiada Arah Jodoh Kita | Akasia TV3

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Zahir Tak Terucap Bakal Menggantikan Drama Tiada Arah Jodoh Kita | Akasia TV3  : Setahu cik akak sebelum ini drama zahir tak terucap akan menghiasai slot zehra. Namun terbaru drama zahir tak terucap bakal ditayangkan untuk slot akasia akan datang. Zahir tak terucap ini bakal menggantikan drama tiada arah jodoh kita yang tamat pada isnin depan. Gandingan Saharul Ridzuan, Raysha Rizrose, Aeril Zafriel dan Chacha Maembong. 


Judul Drama : Zahir Tak Terucap
Jumlah Episod : 13 episod

SINOPSIS ZAHIR TAK TERUCAP : mengisahkan kehidupan dua adik- beradik, Hisyam dan Haziq yang bersaing merebut cinta Aisyah, namun kehadiran Aireen cuba menghalang Aisyah daripada mengecapi kebahagiaan.

Hisyam terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah meninggal dunia. Hisyam redha dan mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu untuk bertanggungjawab namun mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.

No comments:

Post a Comment