Drama Tok Adi Jelmaan Screen Off Drama Tanah Kubur - Dunia Cik Akak

Saturday, March 10, 2018

Drama Tok Adi Jelmaan Screen Off Drama Tanah Kubur

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Tok Adi Jelmaan Screen Off Drama Tanah Kubur :Drama Tanah Kubur suatu ketika dulu memang tidak asing lagi bagi pengemar drama tv. Ianya hanya bersiaran di Astro Oasis. Setelah sekian lama tidak ditayangkan, pada bulan Mac akan datang, pelakon Nasir Bilal Khan bakal menerajui drama Tok Adi yang diarahkan oleh pengarah Rashid Sibir. 

tok%2Badi

Drama Tok Adi ini bakal ditayangkan bermula 05 Mac 2018 akan datang. Drama berantaian ini juga merupakan screen off drama Tanah Kubur. 

Manakala pelakon yang bakal membintangi watak-watak drama Tok Adi ini adalah pelakon yang pernah membintangi Drama Tanah Kubur. Selain itu juga, Drama Tok Adi bakal menampilkan pelakon Fauziah Gaos, Izzue Islam, Johan As'ari, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

Drama Tok Adi ini bakal ditayangkan sebanyak 10 episod. Setiap episod bakal disajikan dengan drama yang memberi pengajaran kepada semua penonton. Adakah drama ini, sama sekali seperti drama Tanah Kubur suatu ketika dulu.

Untuk mengetahui, apa yang bakal ditayangkan dalam Drama Tok Adi ini. Jangan lupa setkan temujanji anda bermula 05 Mac 2018 akan datang.

Sinopsis Drama Tok Adi - Mengisahkan kehidupan Tok Adi dan orang-orang di sekelilingnya. 

No comments:

Post a Comment