Drama Razia Sultan | Adaptasi Kisah Benar - Dunia Cik Akak

Thursday, March 22, 2018

Drama Razia Sultan | Adaptasi Kisah Benar

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Razia Sultan | Adaptasi Kisah Benar : Sebelum ini drama berantai ini pernah ditayangkan di tv3 pada Ogos tahun lepas. Namun sekali lagi Drama Razia Sultan ditayangkan melalui saluran tv3 juga. Drama ini bersiaran jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Mempunyai 100 episod penuh.  



Sinopsis Drama Razia Sultan : Drama Razia Sultan merupakan adaptasi daripada satu peristiwa bersejarah di India, khususnya Delhi tentang konflik kekeluargaan dan pewarisan takhta kerajaan sebelum penjajahan British.
Sejarah tersebut juga menceritakan tentang ketamadunan dan pemerintahan kerajaan Islam di Delhi yang merupakan sebahagian daripada pengaruh kerajaan Uthmaniyah pada pertengahan kurun ke-13.
Signifikan kisah Razia adalah baginda merupakan wanita Islam pertama dalam Kesultanan Delhi mewarisi takhta daripada ayahandanya, Sultan Shamsuddin Iltutmish yang mangkat pada 1236.
Razia atau nama sebenarnya Razia Ad-Din merupakan keturunan hamba yang lahir pada 1205 di Bidaun, India. Asal ayahandanya merupakan seorang hamba berbangsa Turki dan bekerja untuk Sultan Qutbuddin di Delhi.
Ketika pemerintahan Qutbuddin, Shamsuddin Iltutmish telah menunjukkan kewibawaannya sehingga dilantik menjadi pentadbir sebuah wilayah di Delhi. Baginda kemudian dikahwinkan dengan anak Qutbuddin.
Dari situlah, Razia mewarisi takhta Kesultanan Delhi. Meskipun pada asalnya, baginda hanyalah salah seorang anak daripada tiga beradik yang berketurunan hamba dan tidak pernah mempunyai latar belakang keluarga diraja.
Sultan Shamsuddin Iltutmish telah berkahwin dengan dua wanita dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naseeruddin Mahmud dan Razia yang merupakan adik beradik kandung. Manakala Rukhnuddin Firuz pula adalah hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Shah Turkaan.
Sebelum mewarisi takhta, seperti yang diceritakan dalam drama bersiri Razia Sultan, Razia yang pernah mendapat pendidikan ketenteraan dan pentadbiran awam telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran untuk baginda menaiki takhta.

konflik yang dihadapi Razia adalah tentang perebutan kuasa oleh abang tirinya, Rukhnuddin Firuz. Dalam masa yang sama, Rukhnuddin turut disokong bondanya, Shah Turkaan untuk mendapatkan takhta Kesultanan Delhi.
Orang yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Delhi daripada Sultan Shamsuddin Iltutmish adalah Naseeruddin Mahmud. Baginda sendiri telah melatih anakandanya itu untuk menjadi pemerintah.
Walau bagaimanapun, Naseeruddin tiba-tiba mangkat pada 1229 dipercayai telah dibunuh oleh Shah Turkaan dan anaknya Rukhnuddin untuk merebut takhta.
Baginda berasa begitu sedih dan risau kerana satu-satunya anakanda yang dipercayai boleh mewarisi takhta mangkat. Dalam masa sama, baginda tidak yakin dengan anaknya yang lain untuk mewarisi takhta.
Tetapi, kepercayaan telah diletakkan kepada Razia. Shamsuddin kemudian telah melatih anakandanya itu dan diberi peluang memangku tugas sultan semasa ketiadaan baginda di Delhi.
Namun, selepas kemangkatan Sultan Shamsuddin Iltutmish pada 1236, secara automatiknya Rukhnuddin menjadi pewaris takhta kerana bangsawan Muslim di Delhi menolak Razia sebagai pewaris. Belum pernah dalam sejarah mereka, wanita menjadi pemerintah.
Akibat tamak kuasa dan harta, pemerintahan Rukhnuddin Firuz yang dipengaruhi bondanya tidak kekal lama. Dalam tempoh hanya tujuh bulan, baginda telah menunjukkan pelbagai kelemahan yang akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan bangsawan muslim Delhi.
Akhirnya, Rukhnuddin Firuz dan Shah Turkaan telah dibunuh pada November 1236, sekali gus memberi laluan kepada Razia untuk menaiki takhta sebagai pemerintah Delhi seterusnya.
Razia merupakan satu-satunya wanita Islam yang pernah menjadi pemerintah Delhi dengan memakai gelaran Sultan Jalalatuddin Razia.

No comments:

Post a Comment