Drama Adaptasi Novel Bicara Cinta Tertangguh | Akan Datang 16 Mac 2018 - Dunia Cik Akak

Sunday, March 11, 2018

Drama Adaptasi Novel Bicara Cinta Tertangguh | Akan Datang 16 Mac 2018

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Adaptasi Novel Bicara Cinta Tertangguh | Akan Datang 16 Mac 2018 : Mengisahkan kehidupan Luq yang jatuh cinta pandang pertama. Namun apa yang dirancang pada mula tidak menjadi. Pelbagai teknik memikat diguna pakai untuk memikat gadis idaman. Bicara Cinta Tertangguh ini bakal menampilkan dua gandingan mantap iaitu  Amar Asyraf dan Nina Iskandar. 


Novel Bicara Cinta Tertangguh ini juga boleh dibaca secara online pada pautan ini »»Novel Bicara Cinta Bab 1 - Bab 24 

Sinopsis Novel Bicara Cinta Tertangguh : Pertama kali melihat Suri, tok kadi mahu dipanggil. Kad kahwin terus mahu dicetak. “Dia, Suri aku!” Itu kata hati Luq, tauke sayur yang tiada BMW, banglo mewah atau wang berjuta. Tapi hatinya penuh cinta!

KPS @ Kempen Pikat Suri dilancarkan. Luq memikat, Suri mengelak. Luq ganda usaha, Suri jatuh cinta. Luq vs Suri? Sah, Luq juara.

Ujian datang kala risikan ditolak. Mahu nyanyi lagu Rude? Rupa-rupanya... Cinta tak boleh dipaksa, kasih tak boleh digesa dan sayang itu bukan percuma. Berjodohkah mereka di akhir garisan? Antara ‘cinta tidak semestinya bersatu’ dengan ‘kalau jodoh tak ke mana’, yang mana satu takdir Luq-Suri?

No comments:

Post a Comment