Aku Cuba Supaya Aku Tak Rindu Kamu - Dunia Cik Akak

Sunday, March 11, 2018

Aku Cuba Supaya Aku Tak Rindu Kamu

♥ Assalamualaikum ♥

Aku Cuba Supaya Aku Tak Rindu Kamu : Betapa kerdilnya kita, bila sebut rindu semestinya kita inginkan sesuatu. Mendapatkan sesuatu yang mungkin atau sebaliknya kita dapat. Kadangkala kita sekadar mahu berkata ia atau hanya mampu melihat dengan pandangan mata. 


Rindu adalah ujian hati. Ujian untuk kita sentiasa bersabar dan bertabah dengan apa yang kita lalui. Kadang kita sendiri tidak mampu untuk menangani kerinduan di hati.

Menangis dan bersedih adalah pilihan bila hati tersarat kerinduan. Namun semakin kita menangis dan bersedih. Semakin rindu itu menghampiri kita. 

Orang kata kalau rindu luahkan sahaja. Ya Aku mampu luahkan. Tapi bila aku luahkan. Aku akan menitis air mata. Betapa aku merindukan sesuatu yang ku sayangi. 

Bila aku cuba untuk tidak merindui, berkali-kali hati aku menagih erti kerinduan.

Rindu ujian hati yang terlalu indah. Rindu ujian hati untuk kita saling mengingati. Rindu ujian hati untuk kita saling menyayangi dan menyintai. 

Selagi ada rindu...selagi itu ada kasih sayang dan cinta. 

Kenapa Allah hadirkan rindu menemani kita? Sebab Allah sayangkan kita, memberi kita nikmat erti satu kerinduan.

Aku ingin cuba tidak merindui kamu....Namun Allah sentiasa menyayangi aku dengan nikmat kerinduan.

No comments:

Post a Comment