415 Kekosongan Pegawai Imigresen Gred KP19 - Dunia Cik Akak

Saturday, March 10, 2018

415 Kekosongan Pegawai Imigresen Gred KP19

♥ Assalamualaikum ♥

415 Kekosongan Pegawai Imigresen Gred KP19 : Tengah cari kerja! Sebanyak 415 kekosongan bagi jawatan Pegawai Imigresen KP19. Jika berminat bolehlah melayari http://www.spa.gov.my. 


Bagi memenuhi kekosongan jawatan tersebut. Anda boleh lihat senarai syarat di bawah.

  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
    • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
      • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Permohonan hendaklah dilakukan sebelum tarikh tutup iaitu pada 25 Mac 2018 akan datang. Pemohon hanya perlu memohon secara online di laman http://www.spa.gov.my.

Bagi bakal calon yang akan menghadiri temuduga akan datang. Bolehlah dapatkan Informasi tentang Kerjaya Sebagai Penjawat Awam dan Teknik Lulus Mudah Temuduga Kerajaan»»SINI««


1 comment: