Novel Ti Amo SweetHeart 100 Hari! - Drama Adaptasi Akan Datang - Dunia Cik Akak

Thursday, February 15, 2018

Novel Ti Amo SweetHeart 100 Hari! - Drama Adaptasi Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥
Novel Ti Amo SweetHeart 100 Hari! - Drama Adaptasi Akan Datang : Finale, sekali lagi novel suri ryana bakal diadaptasikan. Lakonan mantap gandingan Zul Ariffin dan Neelofa. Pastinya drama ini bakal menjadi trending di media. 

Baca Novel Ti Amo SweetHeart 100 Hari Bab 1 - Bab 20 »» https://www.wattpad.com/397876730-ti-amo-sweetheart-100-hari-je-t%27aime-sweetheart
 
Baca Novel Ti Amo SweetHeart 100 Hari Bab 1 - Bab 20 »»http://queenlpermaisuri.blogspot.my/2017/04/teaser-ti-amo-sweetheart-100-hari-bakal.html?m=0
Sinopsis Novel Ti Amo SweetHeart 100 hari :-
Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.


Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.
Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?
Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

2 comments: