"Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com" - Dunia Cik Akak

Wednesday, February 14, 2018

"Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com"

♥ Assalamualaikum ♥
"Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com" : Tahun berganti tahun. Bulan beralih bulan. Namun apa yang anda iginkan dalam kehidupan harian anda. Adakah ada ingin menjadi seorang puteri atau putera yang berjaya pada hari ini atau esok lusa. Anda yang memilih dan anda yang membuat pilihan.

Di awal Januari 2018, semua individu dah bersiap sedia dengan azam dan apa yang akan dilakukan untuk tahun ini. Perancangan itu paling penting. Bak kata perpatah "Belayarlah, pastikan ada Nakhoda". Begitu jua lah dengan kehidupan kita. 

Tahun baru...tahun  baru kena ada azam baru. Tahun baru ni cik akak berazam nak buat simpanan. Tak kira dari hasil duit gaji atau duit blog. Tahun ini target simpanan 10K setahun. Kira sebulan cik akak kena buat simpanan berterusan. Berharap cik akak berjaya lah buat tabungan.

Azam kedua, Kahwin. InsyaAllah...ada jodoh tak ke mana...hihi

Azam ketiga, memiliki laptop baru. Doakan cik akak dapat memiliki laptop baru. Senang sikit kerja buat blog. Maklumlah bertahun dah guna phone untuk update blog. 

Cukuplah 3 je. Banyak lagi yang cik akak inginkan. Hanya 3 nie je yang cik akak dapat kongsikan. Korang apa pula azam baru. Korang boleh ceritakan dengan join giveaway ini »»Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com"


3 comments:

  1. Terima kasih sudi join cik akak...semoga bertuah nanti ! :)

    ReplyDelete
  2. gud luck untuk azam tahun ini
    jemput baca sha punya azam juga hee
    http://www.opzzpinky.my/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html

    ReplyDelete