Bila Duit BR1M 2018 Masuk Bank? - Dunia Cik Akak

Tuesday, February 13, 2018

Bila Duit BR1M 2018 Masuk Bank?

♥ Assalamualaikum ♥
Bila Duit BR1M 2018 Masuk Bank? : Seperti tahun-tahun terdahulu. Bantuan Rakyat 1Malaysia diteruskan lagi untuk tahun ini. Untunglah bagi mereka yang menikmati saguhati dari kerajaan. Yang tak melepasi syarat macam cik akak. Sila tengok je dan update isu semasa...haha..Bila Duit BR1M Masuk Bank ?

Imej kredit blog cari panduan
Menurut sumber dari blog cari panduan, duit BR1M 2018 akan disalurkan pada 18 Februari 2018 akan datang. Bayaran tersebut adalah bayaran untuk Fasa Pertama bagi kategori individu dan Isi Rumah. Bayaran ini disalurkan terus ke dalam akaun bank anda. 

Jangan lupa buat semakan di bank-bank terdekat. Untuk menyemak status BR1M 2018, anda boleh melayari »»https://ebr1m.hasil.gov.my

Cik akak dah buat semakan untuk ibu cik akak. Namun buat masa ini status masih lagi dalam proses. Kemungkinan besar sistem belum lagi update untuk status kelayakan penerima bantuan tersebut.

Agihan fasa kedua dan ketiga akan diagihkan secara berperingkat pada 5 Jun 2018 (Fasa Kedua) dan 28 Ogos 2018 (Fasa Ketiga). Ia melibatkan kategori isi rumah sahaja. 

Perubahan tarikh Duit BR1M Masuk Bank akan cik akak kemaskini dari semasa ke semasa. Semoga dengan adanya pembayaran ini, maka dapatlah membantu menampung perbelanjaan selepas perayaan Tahun Baru Cina.

2 comments: