Tarikh Duit BR1M 2018 Masuk Akaun - Dunia Cik Akak

Sunday, January 7, 2018

Tarikh Duit BR1M 2018 Masuk Akaun

♥ Assalamualaikum ♥

Tarikh Duit BR1M 2018 Masuk Akaun : Seperti kita sedia maklum, melalui pembentangan bajet pada oktober lepas. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan hingga ke tahun 2018. 

Tarikh Duit BR1M 2018 Masuk Akaun adalah pada Februari 2018 akan datang. Pembayaran tersebut melibatkan status bujang dan semua isi rumah yang berpendapatan antara 3000 hingga 4000 ke bawah sahaja.

Kategori 1 melibatkan individu yang mempunyai pendapatan 2000 ke bawah. Dan ianya dibayar sekaligus sebanyak RM450. Manakala untuk kategori isi rumah, ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori 2 dan kategori 3. Ia melibatkan isi rumah yang yang berpendapatan 3000 hingga 4000 ke bawah. Boleh rujuk gambarajah yang disediakan agar lebih mudah untuk difahami.

Bulan Februari akan datang adalah tarikh pembayaran BR1M fasa pertama dilakukan. Semoga dengan adanya bantuan seperti ini, maka ia bolehlah menampung sedikit sebanyak untuk belanja dapur atau untuk pembayaran persekolahan anak-anak anda.

Tarikh sebenar cik akak update nanti. Setahu cik akak pembayaran BR1M memang berkuatkuasa februari 2018. Dan kemungkinan besar ianya dibayar awal sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Sama-sama kita menanti duit masuk akaun.

5 comments:

  1. Tahniah kpd sesiapa yg dpt.. sy mmg xpenah dpt sejak kawen..huhu.. xpela ada org lg memerlukan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat sesiapa yang dapat br1m! Kita tak dapat duk diam-diam ya hehe

    ReplyDelete
  3. Yang dapat tu mmg untung laa..tapi malangnya masih ada yg layak tapi tak dapat..bnyak dokumen perlu submit dgn lhdn huhu

    ReplyDelete