Susah Sangat Ke Nak Update Blog - Dunia Cik Akak

Wednesday, January 24, 2018

Susah Sangat Ke Nak Update Blog

♥ Assalamualaikum ♥
Susah Sangat Ke Nak Update Blog : Menjadi blogger bukan semudah yang korang tengok dan lihat. Pejam celik esok lusa ada entri. Lebih menarik lagi bila saban hari, blog sentiasa berseri dengan entri yang fresh-fresh. Susah Sangat Ke Nak Update Blog ! Ini kata cik akak.

Menjadi blogger adalah pilihan. Nak kekal jadi penulis pun adalah pilihan. Pilihlah yang mana kamu ingin. Ingin menjadi blogger. Mulakan dengan langkah yang penuh keyakinan. 

Sebab cik akak dah kata. Menjadi sebahagian daripada media blogger adalah satu pilihan yang perlukan komitmen yang tinggi. Disiplin yang cukup serta ketahanan mental serta fizikal. Jangan ingat, menjadi blogger itu mudah. Tapi hakikatnya adalah satu yang amat payah dilakukan.

Bermula dengan langkah pertama. Buat satu blog. Cuba jinakkan diri dengan pelbagai entri. Disiplinkan diri dengan menulis satu entri satu hari. 

Satu entri satu hari, mungkin kita boleh buat. Dan mungkin juga sebaliknya. Seperti yang kita sedia maklum menulis bukan sekadar menulis. Tapi mesti ada point dan fakta yang memberi manfaat kepada pembaca. 

Jangan pula jadi blogger yang syok sendiri. Apa yang susahnya update blog. Ala...boleh tulis apa yang kita nak. Ya boleh sahaja. Tapi..tapi...tak kan kau tulis kau sendiri baca. Lepas tu kau sendiri hadam. Tak seronok lah macam tu.

Menjadi blogger kita bijak. Bijak dari segi penampilan serta intipati entri yang disampai. Memberi manfaat atau sebaliknya. Selain itu, menjadi blogger kenalah bijak berdampingan dengan rakan blogger yang lain serta media. Sebab blogger perlukan perhatian. 

Kalau tak ada perhatian. Menulis blog adalah sia-sia. Jangan pula perhatian yang terlampau manja atau sebaliknya. Pengunjung pun takut untuk singgah bersantai.

Susah Sangat Ke Nak Update Blog!! Memang susah, sebab bukan senang nak senang. Lagi susah bila kau senang. Lagi payah bila idea langsung tak ada. Nak menulis membebel pun payah. 

Jesteru itu, memilih menjadi blogger adalah sesuatu yang perlukan keyakinan diri. Ketahanan mental dan fizikal. Sebab apa yang kita tulis dan sampaikan. Semua mata-mata media inginkan menyelongkar. 

Lagi payah dan Susah Nak Update Blog bila kau sibuk dengan kerja. Seharian suntuk dengan kerja. Malam pula nak berehat. 

Akhir sekali, apa pun pilihan anda. Inginkan berjaya dalam penulisan blog. Ambil lah sedikit keyakinan serta ketahanan mental dan fizikal anda. Dan pastinya kau boleh jadi blogger yang dikenali ramai dengan entri-entri yang cukup memberi manfaat kepada pembaca. 

Pilih atau memilih...jadilah diri sendiri. Tengok orang lain ada blog. Esok lusa kau nak buat juga blog. Seminggu dua bertahan. Selepas sebulan blog berkubur tanpa nisan. Pilihlah dengan apa yang kita minati. Jangan paksa diri untuk memilih benda yang kita tidak sukai. Di akhir jalan pastinya bertemu jalan mati.

Jalan mati, kau kena berpatah balik. Atau perlu menunggu. Kau fikirkan lah. Apa yang terbaik untuk kau di akhir esok dan selamanya. Kadangkala orang kata, tak salah kembali berpatah balik. Asalkan mengambil iktibar dengan apa yang kita lalui. Anggap apa yang kita lalui itu adalah ilmu serta pengalaman yang membolehkan kita untuk mencari kejayaan. 


3 comments:

  1. ahaha blogger syok sendiri, sayalah tu :p

    ReplyDelete
  2. jadi blogger mmg payah juga kak lagi2 bila xda idea.. pernah skali nak give up dgn blog, tp ntahlah tak jadi juga hahaha sbb mmg minat kot.. suka membebel dlm blog haha

    ReplyDelete
  3. Hee. Effort nak menulis entry setiap hari tu punya la susah. HAHA. Eventho, kita menulis tak tau la org baca setiap details atau tak. Tapi, rasa mcm happy bila ada org respon dgn entry kita. Bukan dengan ayat ayat komen yang mcm sekadar komen tu. Tapi, dia respon dgn entry kita dengan jawapan kepada soalan yang kita tanya dlm entry atau dia kasi pendapat dia. cam tu, baru puas :)

    ReplyDelete