Sinopsis Papa Nak Menantu Slot Dahlia Akan Datang - Dunia Cik Akak

Sunday, January 14, 2018

Sinopsis Papa Nak Menantu Slot Dahlia Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Papa Nak Menantu Slot Dahlia Akan Datang : Drama adaptasi novel papa nak menantu. Drama ini juga menggunakan judul yang sama iaitu Papa Nak Menantu. Dibintangi oleh pelakon Aman Graseka, Jaja iliyes dan Hafidz Roshidi sebagai teraju utama. Ia mengisahkan kehidupan seorang gadis kasar yang mencari calon suami. Apakah kesudahan kisah mereka. 


Judul Drama : Papa Nak Menantu
Tarikh Siaran : 04 Februari 2018
Bersiaran : Jumaat - Ahad 6.58 petang
TV3
Pelakon : Aman Graseka, Jaja iliyes DFKL dan Hafidz Roshidi

Sinopsis Papa Nak Menantu : 
~ Amboi, kau cakap senanglah. Kau ingat nak cari suami tu macam pilih jering kat pasar? Mana yang kau nampak besar, kau kaut?

BILA Pak Saad naik hantu, terus dia nak menantu! Walau apa pun yang terjadi, dia mahu satu-satu anak tunggalnya carikan dia menantu sebelum atau selewat-lewatnya pada hari lahirnya yang ke 50 tahun. Dia dah tak tahan dengan sikap anaknya yang kasar, keras kepala dan pemalas mengalahkan kambing gurun! Dia berharap, bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.

Syahirah terkejut. Permintaan abahnya itu memang klise! Tapi, demi mengelak dia dikahwinkan dengan Pak Mat jual tempe yang sudah berusia 55 tahun itu, dia terpaksa mencari bakal suami pilihannya sendiri. Dia tak sanggup bersuamikan lelaki tua yang sudah ada cicit. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya. 

Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam pun ada! Pening! Semuanya, rejected! 
Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?

“Memandangkan kau memang tahap malas nak kerja, abah nak kau cari suami. Kahwin! Biar suami kau ajar kau sikit erti sebuah kehidupan. Abah dah letih. Abah nak menantu sebelum usia abah 50 tahun!” – Pak Saad

“Aku ni kalau boleh, nak lelaki yang boleh terima aku seadanya. Sanggup terima aku yang kasar ni. Kau ingat tak penat, nak jadi lemah gemalai? Tu bukan diri aku. Aku tak suka hipokrit.’ – Syahirah 

“Tengok situasi. Buat masa ni aku masih belum jumpa lagi wanita yang aku cari. Nak cari kekasih hati ni, mana boleh dalam sekelip mata. Kenalah perlahan-lahan. Biasanya, benda yang kita dapat dalam sekelip mata ni, boleh hilang dalam sekelip mata jugak.” – Aidil.

“Saya faham situasi awak. Dalam masa sejam, kita boleh jatuh cinta pada seseorang tu. Tapi, untuk melupakan orang yang kita jatuh cinta dalam masa sejam tu, memerlukan masa berbulan-bulan, bahkan ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk kita lupakan dia.” – Nazim


1 comment: