Promo Kekasih Paksa Rela Episod 8-Episod 11 - Dunia Cik Akak

Friday, January 5, 2018

Promo Kekasih Paksa Rela Episod 8-Episod 11

♥ Assalamualaikum ♥

Promo Kekasih Paksa Rela Episod 8-Episod 11 : Drama terbaru yang menghiasi slot akasia tv3. Drama terbaru ini berjudul Kekasih Paksa Rela. Kekasih Paksa Rela bukan drama adaptasi novel. Untuk drama terbaru ini, menggandingkan pelakon Ain Edruce, Remy Ishak dan Intan Najuwa sebagai tunggak utama. 


Ternanti-nanti promo Kekasih Paksa Rela Episod 8-11. Jangan lupa tonton promo di bawah. Makin menarik je drama nie kan. Tak sabar nak tunggu hari isnin. 

Untuk minggu ke-3 akan datang penonton bakal disajikan dengan kisah yang lebih menarik. Kali pertama Hanan bertembung dengan pakcik di pintu lif hotel. Dah mula jatuh cinta. Cinta pandang pertama eh. 

Minggu hadapan bersiaran episod 8-Episod 11.Pastinya ramai tak sabar menunggu hari isnin. 3 hari berehat. Tak ada nak sweet dengan uncle dah..haha. Minggu ke 3, plot yang disampaikan makin lebih menarik dan memainkan emosi penonton. Bila cik akak tengok video promo uncle tu main tarik tali pula dah. Kesian pula dengan si hanan. 

Judul : Kekasih Paksa Rela
Jumlah Episod : 28 Episod
Update Episod Terkini : Kekasih Paksa Rela Episod 8 /Episod 9 /Episod 10 /Episod 11

Untuk pautan tonton boleh tengok di»» Fanpage Cik akak

Lagu OST @ Lagu Tema : Pasti - Cherpen Band

Kekasih Paksa Rela ini bersiaran mulai 26 Disember 2017. Mengandungi 28 episod penuh. Antara barisan pelakon yang menerajui drama Kekasih Paksa Rela ialah :- 

Layan preview Kekasih Paksa Rela Minggu Hadapan

Uncle ni takut jatuh cinta pada si hanan kot. Geram pula nonton kan. 

  • Remy Ishak sebagai Adham
  • Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
  • Ain Edruce sebagai Rosnaida
  • Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
  • Nynaa Harizal sebagai Nonie
  • Dayang Areeda sebagai Shiqin

  • Sinopsis Kekasih Paksa Rela : Adham dan Rosnaida bernikah selepas habis belajar tanpa persetujuan ayahnya. Adham cuba merapatkan Rosnaida dan ayahnya tetapi gagal disebabkan sikap keras kepala Rosnaida.
    Hanan yang kehilangan ayah, tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Ibunya lebih sayangkan suami baru daripada anaknya sendiri. Hanan masih bersekolah tingkatan enam.
    Suatu hari, Adham terserempak dengan Hanan di hypermarket dan disitulah bermula kisah Hanan yang menjadi perhatian uncle Adham. 
    Dari niat ingin membantu, tapi dalam hati terbit rasa sayang dan cinta. Namun ego membataskan. Orang kata kalau dah sayang, cakap je sayang. Tapi lain pula bagi Hanan dan Uncle Adham. Cinta Hanan cinta pandang pertama. Tapi menyintai dalam diam. 
    Bagaimana kesudahan kisah mereka. Berjaya Hanan meraih cinta uncle Adham. Dan adakah uncle Adham turut sama mempunyai perasaan sayang dan cinta pada Hanan. Kekasih Paksa Rela Episod Akhir bakal menjawab kesudahan kisah Hanan dan Uncle Adham. 

    No comments:

    Post a Comment