Penjawat Awam Dapat Bonus Esok - Dunia Cik Akak

Sunday, January 7, 2018

Penjawat Awam Dapat Bonus Esok

♥ Assalamualaikum ♥

Penjawat Awam Dapat Bonus Esok : Lajunya cik akak update isu ini. Esok memang hari yang ditunggu-tunggu. Maklumlah penjawat awam jarang menerima bantuan kewangan RM1000 untuk jangka masa berapa tahun ini. Mereka biasa menerima RM500 sahaja. 

Esok dah dapat bonus dah. Kerajaan negeri Sarawak sudah pun dibayar Disember lepas dengan nilai yang cukup tinggi iaitu RM2000. Dibayar sekaligus Disember lepas. Bagi penjawat awam yang berkhidmat bahagian persekutuan mereka akan dibayar RM1000 mulai esok. Dan sekali lagi akan dibayar menjelang musim perayaan iaitu pada 07 Jun 2018 akan datang. 

Bermakna penjawat awam persekutuan memperolehi RM1500 untuk tempoh setahun ini. Esok Bonus Penjawat Awam dibayar bagi fasa pertama. Macam-macam je nak dibeli. Untuk bayar keperluan anak-anak pun nilai tu tak mencukupi. Tapi tetap bersyukur dengan rezeki yang kita bakal perolehi.

Bonus esok masuk jangan lupa.sharekan untuk family. Mudahan bertambah rezeki kan.

1 comment: