Novel Terbaru 2018 : Novel Mamat Dingin Hati Rindu / Novel Seri Di Laman Hati / Novel Kerna Aku Perlu Kamu & Novel Polaroid Cinta Zenia - Dunia Cik Akak

Monday, January 22, 2018

Novel Terbaru 2018 : Novel Mamat Dingin Hati Rindu / Novel Seri Di Laman Hati / Novel Kerna Aku Perlu Kamu & Novel Polaroid Cinta Zenia

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Terbaru 2018 : Novel Mamat Dingin Hati Rindu / Novel Seri Di Laman Hati / Novel Kerna Aku Perlu Kamu & Novel Polaroid Cinta Zenia : Empat naskhah novel terbaru 2018 yang boleh didapati di laman karyaseni dan penulisan2u. Novel terbaru 2018 ini boleh dibeli secara kombo melalui kombo Januari dengan harga yang cukup berbaloi iaitu RM81 untuk Semenanjung Malaysia dan RM93 untuk Sabah Sarawak. 


Dengan Kombo Januari ini korang bakal dapat empat naskhah penuh. Harga yang tawarkan cukup murah. Apa kata korang intai-intai novel terbaru 2018 ini. Tapi sebelum tu korang boleh baca Sinopsis Novel di bawah.


KOMBO JAN 2018
Penulis :Karyaseni & Penulisan2u


Tajuk: Kerna Aku Perlu Kamu 
Penulis: Adry Tihani 
Penerbit: Karyaseni 

Sinopsis Novel Kerna Aku Perlu Kamu : Hana Zahirah. Dilahirkan dalam keluarga yang cukup kaya membuatkan dia semakin terikat dengan undang-undang aneh keluarganya. Hatta mahu menyumbat makanan ke dalam mulut sendiri pun dia tiada pilihan. Semua keputusan di tangan mamanya, Puan Sri Zaharah. Dan… Semuanya atas alasan, untuk kebaikan dirinya. Terkongkong, itu yang Hana Zahirah rasakan namun dia seorang anak yang taat. Puan Sri Zaharah keutamaannya walau apa pun yang berlaku. Tapi, apabila soal jodoh mula diutarakan oleh mamanya itu, Hana Zahirah tersentak. Hana Zahirah dengan Arif Luqman? Lelaki yang tiada adab dan sangat kurang ajar dengan perempuan mahu dijodohkan dengannya hanya kerana harta? Sudahlah ada rekod buruk kerana pernah bergaduh di kelab malam. Jijiknya! Hati Hana Zahirah menangis, memberontak keras. Tiada siapa yang memahaminya. Dia hampir tewas dalam kesakitan emosi dan segala rasa hati diadukan kepada pengawal peribadinya, Khairil Zhafran. Ya, hanya Zhafran yang sudi mendengar masalahnya. Lelaki dingin yang menyakitkan hati tanpa pernah membantah apa-apa. Tapi, dalam tidak sedar kedinginan Zhafran kerana ingin melindungi. Dan dari rasa mahu melindungi mencambahkan satu rasa lain. “Saya nak panggil awak Hana sahaja. Saya suka awak. Tak! Saya cintakan awak dan kalau boleh saya nak jadi lebih dari sekadar pengawal peribadi pada awak. Boleh tak?” – Khairil Zhafran “Pertunangan saya bakal berlangsung. Semua orang dah tahu tentang itu. Kalau pun saya cintakan awak, dah tak ada apa yang boleh kita buat. You are... Certainly late, Zhafran. Semua jalan dah tertutup untuk kita.” – Hana Zahirah Rasa cinta milik Zhafran dicantas sehingga ke akar umbi oleh Puan Sri Zaharah. Dia tidak benarkan lelaki tidak sedarjat dengannya menjadi ahli keluarganya. Muktamad! “Restu? Dengan lelaki macam tu? Rasanya mama dah cakap dengan jelas dari dulu lagi, calon menantu mama, mama yang akan pilih.” – Puan Sri Zaharah Kerana sifat nekad dan yakin dengan cinta, Zhafran cuba meminta simpati Puan Sri Zaharah namun mati yang bakal diperoleh apabila Puan Sri Zaharah mengarahkan pengikutnya memberi ‘pengajaran’ kepada Zhafran. “Mama mahukan perkahwinan ini sebagai hadiah terakhir Hana untuk mama. Lepas ini, mama lepaskan Hana pada Luqman. Mama takkan aturkan apa-apa lagi.” – Puan Sri Zaharah Kiri duri, kanan pun berduri. Kemarahan yang terpendam, tak dapat ditelan dan tak dapat diluah. Andai saja Puan Sri Zaharah bukan siapa-siapa, Hana Zahirah pasti akan melawan. Kerana kasih, Hana Zahirah makin tersepit. Apakah pengakhiran hidup Hana Zahirah jika teman sehidup semati sudah dipilih? 


Tajuk: Polaroid Cinta Zenia 
Penulis: Dila Dyna 
Penerbit: Karyaseni 

Sinopsis Novel Polaroid Cinta Zenia : Kau yang aku panggil sahabat... “Sorry la Zen, aku bukan sengaja tak nak ambil kau semalam. Tengah final MU kot semalam!” – Fahad “Alasan kau la kan. MU tu lagi penting dari keselamatan aku la? Dibuatnya aku kena culik ke... Kena perkosa ke...” – Zenia “Aku rasa tak ada siapa kot nak perkosa kau.” - Fahad Sentap. Tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu. Yalah... Dia ni tomboi, tak ada siapa kot yang bernafsu tengoknya. Dengan baju loose gedoboh, rambut pendek macam lelaki. Tengok sekali imbas memang orang ingat lelaki agaknya. Bercakaran memang kerja mereka. Tapi bila Fahad ada masalah, gadis tomboi itu juga yang dia cari. Tapi betul ke lelaki dan perempuan ni kalau berkawan rapat, mesti salah seorang akan terlebih kasih? Ya... Dan itulah Zenia. Cintanya pada Fahad hanya mampu tersimpan jauh di sudut hati paling dalam. “Memang ini yang kau nak selama ni kan? Sebab kau memang dah lama cintakan aku. Kau memang tunggu masa aje untuk hapuskan Nadia dari hidup aku!” – Fahad Iswan Entah bagaimana kisah hidupnya dengan pantas mentakdirkan Fahad menjadi suaminya, walaupun bukan dengan cara yang diimpikannya selama ini. Dia sendiri tidak tegar memisahkan Fahad dengan cinta pertama lelaki itu, Nadia. Baru beberapa jam mahligai terbina, sekelip mata runtuh menyembah bumi. Zenia digelar pembunuh, dia digantung tak bertali! Fahad pergi meninggalkan sahabat yang bergelar isteri. I tak sangka you berubah semurah ni, Zenia. Apa nilai tudung yang you pakai sekarang ni kalau kaki tetap melangkah ke tempat haram macam tu? Mana you letak maruah you sekarang?!” – Fahad Iswan “You langsung tak layak untuk nasihatkan I Fahad. Sebab selama ni pun you lari dari tanggungjawab you! Dasar lelaki pengecut!” – Zenia Imani Jarak lima tahun merubah segalanya. Tali yang tersimpul harus segera dilerai! Ungkapan berpisah dilontar tekad. Dia perlu bahagia, seorang lelaki yang sentiasa berusaha membahagiakannya, Hairul Fahmi sedia menantinya. Tapi bila berbicara soal hati, adakah cinta itu masih setia di situ? 

Tajuk: Mamat Dingin Hati Rindu (Sekuel novel best seller Minah Cengey Hati Tisu) Penulis: Aifa Batrisya 
Penerbit: Karyaseni  

Sinopsis Novel Mamat Dingin Hati Rindu : Sekuel novel bestseller Minah Cengey Hati Tisu… Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang berkahwin dengan lelaki lain dan menganggap dirinya hanya sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI a.k.a IAN nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu, dan memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian mahu menjauhkan diri dari Hani. Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari… Kehadiran seorang gadis kacukan Korea yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali jadi huru-hara. “Annyeonghesayo!” – Nia Adara “Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun! – Ian Ian rasa sangat-sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Naurah Tihani turut merimaskan teruna mix blood itu! Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekali gus! “Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?” – Naurah Tihani “Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya… Dan bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awak, saya akan pastikan yang awak akan jadi hak saya. Sampai bila-bila!” – Ian Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati? Seorang anak dara, seorang lagi masih bergelar isteri orang. Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada mamat berhati dingin bernama Ian ini? Temui jawapannya dalam MAMAT DINGIN HATI RINDU… 

Tajuk: Seri Di Laman Hati 
Penulis: Zara Farida 
Penerbit: Karyaseni 

Sinopsis Novel Seri Di Laman Hati : Harris nekad. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencantas prinsipnya. Amanah yang dipegang mesti dilaksanakan. Dalam resah memikul amanah, mencari wajah-wajah yang dirindui, ketenangannya dicuri. Kehadiran Seri Nur Anissa sebagai pembantu di rumahnya mencuri sedikit tumpuan Harris. “Betul awak dah kahwin?” – Harris “Betul encik, saya dah ada dua orang anak.” – Seri Harris meragui kenyataan itu. Keraguan Harris membawanya untuk menyiasat siapa sebenarnya Seri. Benarkah dakwaan gadis itu dia sudah beranak dua? Kebenaran akhirnya terbongkar. Harris juga bertemu kembali dengan insan yang dicari selama ini. “Ada apa encik telefon saya ni?” – Seri “Tak ada apa-apa, saja nak dengar suara Seri. Maklumlah, dah empat hari tak dengar, rindu pula.” – Harris Hati mula berlagu rindu. Kenangan hitam semalam memaksa Seri menepis segala suara rindu yang datang berbisik di jiwa. Apakah cinta Harris terbalas sedangkan Seri masih berdendam dengan keluarganya? “Kesalahan kau terlalu besar terhadap orang tua dan adik-adik aku.” - Seri Tanpa diduga, Fahmi, anak angkat ibunya yang sudah lama terpisah hadir membawa lamaran. “Adakah Anissa menerima saya dengan hati yang ikhlas?” – Fahmi “Demi emak dan adik-adik saya…” – Seri Harris atau Fahmi? Antara dendam atau kasih sayang? Mana yang menjadi pilihan Seri?

No comments:

Post a Comment